Sunday, January 18, 2009

Perkembangan kretiviti kanak-kanak

Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak

Definasi Kreativiti

Walaupun pada amnya perkataan kreativiti biasa dikaitkan dengan bidang seni, ia digunakan dalam berbagai cara dalam berbagai konteks. Akibat sifat kompleks konsep kreativiti, berbagai teori telah dikembangkan bagi tujuan menjelaskannya. Oleh itu terdapat berbagai definasi ‘kreativiti’ yang berlainan.

Ada kalangan yang mengatakan kreativiti adalah anugerah semulajadi tuhan yang tidak boleh dipelajari. Ada pula yang mengatakan kreativiti boleh dikembangkan dan mereka membentangkan cara-cara meningkatkannya.

Kreativiti semestinya berhubung dengan penghasilan sesuatu yang asli. Walau bagaimanapun terdapat berbagai pendapat mengenai a) proses yang terlibat dalam aktiviti kreatif dan b) kemudahan mengembangkannya dalam manusia. Sebagai contoh, Pfeiffer (dalam Goetz, 1981:297) mendefinasikan kreativiti sebagai ‘kebolehan mencipta produk kreatif’ yang ‘baru, asli dan unik’ yang ‘menunjukkan tahap kejayaan yang tinggi dalam bidang yang berkaitan’. Ahli psikologi yang paling banyak memenyumbangkan terhadap bidang kreativiti adalah Professor Ellis Paul Torrance.

Kerangka Pemikiran Kreatif Torrance

Professor Ellis Paul Torrance dikenali kerana kajian pelopor beliau dalam bidang kreativiti. Dalam model beliau yang dinamakan "the threshold hypothesis”, beliau cuba mencari perhubungan antara kreativiti dan kecerdasan. Dia mendapati bahawa orang yang berkreatif tinggi biasanya juga mempunyai kecerdasan yang tinggi. Walaubagaimana pun beliau berpendapat bahawa kecerdasan sahaja tidak memadai, terdapat factor-faktor lain yang mempengaruhi kreativiti.

Torrance (1989) mendefinasikan kreativiti sebagai proses menjadi sensitif kepada masalah, kekurangan, kekurangan dari segi pengetahuan, elemen, harmoni dan sebagainya; mengidentifikasikan masalah, mencari penyelesaian membuat andaian atau mencipta hipotesis tentang kekurangan, menguji dan menguji semula hipotesis, cuba mengubahnya, menguji lagi dan akhirnya mengkomunikasikan dapatan.

Torrance adalah orang pertama yang mencipta kaedah untuk menguji kreativiti pada tahun 1976 yang dikenali sebagai Torrance Tests of Creative Thinking. Ujian kreativiti Torrance meliputi empat aspek;




Kefasihan Fluency
Kefasihan merujuk kepada kebolehan menghasilan idea-idea yang berbeza dan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Aplikasi: Senaraikan beberapa kegunaan sebuah botol air mineral.

Keanjalan Flexibility
Penghasilan idea yang berpunca dari kebolehan melihat sesuatu dari perspektif-perspektif yang berlainan serta pengunaan berbagai kaedah dan pendekatan.
Aplikasi: Bayangkan diri anda menjadi unta untuk sehari

Keaslian Originality
Keaslian bermakna penghasilan idea yang unik atau luarbiasa. Ia juga kebolehan menyusun semula maklumat tentang sesuatu topik dengan cara yang baru dan berlainan.
Aplikasi: Fikirkan cara menunggang basikal yang berlainan dari yang biasa kamu lakukan.

Huraian Elaboration
Huraian merupakan kaedah memperbaikkan idea dengan menambahkan butir-butir lanjut supaya lebih jelas dan mudah difahami.
Aplikasi: Ceritakan dengan terperinci hari pertama anda kesekolah. Gunakan sebanyak butir-butir yang anda boleh.
.

Ciri-Ciri Kreativiti

Terdapat 4 ciri kreativiti iaitu;

Pengunaan Imaginasi
Aktiviti yang bersifat imaginative adalah proses menjanakan suatu yang asli. Ia juga memberi alternatif kepada sesuatu yang biasa/dijangka. Ia melibatkan proses-proses berfikir dan perlakuan. Ia boleh dikatakan sebagai permainan mental yang diarahkan terhadap suatu objektif yang kreatif dimana fokus adalah terhadap memperbaikkan sesuatu situasi mengunakan pelbagai perspektif. Hasil kreatif biasanya berlaku bila idea yang sedia ada digabungkan atau di interpretasi semula dengan cara yang baru atau diaplikasikan dalam bidang yang baru atau yang sebelum ini dirasa tidak ada kaitan. Aspek penting pemikiran kreatif adalah kebolehan membuat hubungan yang pelik, melihat analogi dan kaitan antara idea atau objek yang sebelum ini belum pernah dilihat.

Pada abad ke 15, Leonardo Da Vinci merupakan orang yang pertama yang mengkaji secara terperinci bagaimana manusia boleh membina sebuah jentera untuk terbang. Dia mendapat idea-idea penerbangannya dari mengkaji burung. Walaupun di tidak berjaya membina jentera terbangnya yang dinamakan Ornithopter, idea-ideanya dan lukisannya dikaji semula oleh pelopor-pelopor kajiterbang abad ke 19. Berikutan itu penciptaan helikopter zaman moden adalah berdasarkan konsep beliau.



2. Mempunyai Tujuan

Imaginasi atau pemikiran kreatif bertujuan. Ia biasanya berlaku secara kebetulan bila seseorang sedang dalam proses cuba mencapai sesuatu objektif lain. Objektif ini pada awalnya tidak semestinya berkaitan dengan kandungan imaginasi kreatif yang dihaslikan. Walau bagaimanapun disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa idea baru ini objektif awal mungkin mengalami perubahan atau diganti sama sekali.
Ini bermaksud bahawa kreativiti adalah adalah gabungan aksi dan tujuan. Sebagai contoh, jika bot yang Samad naiki tenggelam dia akan cuba sedaya upaya memikirkan berbagai keadah untuk selamatkan diri.


Bersifat Asli

Sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif haruslah asli. Ini bermaksud ianya suatu idea yang dihasilkan secara unik oleh seseorang individu atau kumpulan. Terdapat tiga kategori keaslian
Hasil kerja seorang individu mungkin asli bila dibanding dengan hasil kerjanya sendiri yang lama.
Ianya juga boleh dikatakan asli bila dibandingkan dengan hasil-hasil kerja rakan sebayanya
Paling asli adalah hasil kerja yang belum pernah dihasilkan sebelum ini oleh mana-mana pihak dalam mana-mana bidang

Kategori keaslian pertama dan kedua lebih berfokus kepada perkembangan individu manakala kategori ketiga penting untuk perkembangan masyarakat secara global.

Bernilai

Hasil pemikiran atau perlakuan kreatif pada dasarnya patut menyumbang kepada tujuan atau objektif ditangan. Berikutan ini terpulang kepada individu yang terlibat untuk menilai secara kritikal idea-idea mana yang berguna atau setakat mana sesuatu idea menyumbang terhadap objektif tersebut. Idea yang dinilai sebagai berguna di kekalkan dan idea yang kurang berguna disingkirkan. Kriteria penilaian sesuatu idea yang kreatif bergantung kepada tujuan dan bidang aktiviti berkenaan. Sebagai contoh penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek keberkesanan, kegunaan praktikal, kesahihan, kepuasan atau elemen seronok.


Aktiviti 2.0

Bincangkan ciri-ciri kreativiti serta berikan contoh-contoh anda sendiri

Proses Kreatif

Proses dan Penghasilan


Kreativiti adalah satu proses dan bukannya suatu produk atau peristiwa. Ia boleh dikembangkan dalam kanak-kanak dengan mengalakkkan mereka menulis cerita, bermain muzik, menjalankan ujikaji dan sebagainya. Disini kreativiti dikembangkan melalui aplikasi secara praktikel dimana mereka dilibatkan dalam suatu proses yang bertujuan menghasilan pemikiran secara kreatif. Walaupun terdapat kemahiran dan teknik yang khusus kepada bidang-bidang yang tertentu, kanak-kanak harus diajak mengalami dan mengenali secara umum beberapa ciri proses kreativiti. Salah satu model proses kreativiti yang paling awal diperkenalkan oleh Graham Wallas pada tahun 1926.

Mengikut Wallas, proses kreativiti boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu,

(i) Penyediaan

Pada peringkat ini, minda difokuskan terhadap isu atau masalah ditangan dan dimensi-dimensi masalah itu di dijelajah.Peringkat ini biasanya melibatkan langkah-langkah seperti membina rangka kasar, draf, soalan atau idea awal.

(ii) Pengeraman

Pada peringkat ini individu mengundurkan diri buat seketika dari proses tersebut dan membuat perkara-perkara lain lantas membiarkan idea tersebut mengeram dalam mindanya. Bila kembali semula kepada idea tersebut kemungkinan besar terwujud secara tidak langsung, tanpa disedari, perspektif-perspektif baru terhadap idea awal tadi.

(iii) Intimasi

Individu kreatif merasakan suatu perasaan breakthrough dimana dia merasakan dia sedang dalam perjalanan menyelesaikan masalah tersebut. Peringkat ini masih berada pada tahap tidak sedar.

(iv) Illuminasi

Individu kreatif dalam keadaan sedar, tiba-tiba mendapat idea bagaimana meyelesaikan masalah tersebut

(v) Verifikasi

Pada peringkat ini idea tersebut disahkan, dihuraikan dan diaplikasikan.


Oleh itu boleh dikatakan model kreativiti Wallas pada dasarnya percaya bahawa pemikiran kreatif adalah juga suatu proses bersifat analitiks yang tidak disedari dan yang tidak boleh dikawal.

Aktiviti 3.0

Mengikut teori Wallas apakah perbezaan antara peringkat intimasi dan illuminasi dalam proses kreativiti?


Pengujian Kreativi

Apakah faedah menguji kreativiti? Pengujian kreativiti dilakukan untuk berbagai sebab dalam pelbagai kontek termasuk industri, sekolah, kerajaan dan organisasi-organisasi pengkajian. Pengujian kreativiti boleh digunakan untuk menapis calon-calon untuk pekerjaan, promosi atau tugasan-tugasan tertentu. Organisasi-organisasi boleh mengunakannya untuk mengecam individu-individu yang berpotensi tinggi. Disekolah ia boleh digunakan untuk mengenali murid yang berbakat atau berkebolehan untuk disertakan kedalam program-program khas. Mengenali tahap kreativiti murid-murid juga boleh menolong guru lebih memahami kebolehan pelajar-pelajarnya. Dengan ini guru berpeluang merancang pengajaran supaya memaksimakan kebolehan-kebolehan ini.

Kaedah Menguji Kreativiti

Terdapat tiga kaedah utama untuk menguji kreativiti iaitu kaedah psikometric, kaedah historiometrik serta pendekatan biografi.

Psikometrik
Mengunakan alat perkakas (seperti banci, borang soal selidik,ujian) dan statistik untuk mengukur kreativiti secara saintifik. Ini biasanya dilakukan dengan mengaitkan tiga aspek kreativiti manusia iaitu perlakuan, personaliti dan kognitif

Historiometrik
Kaedah ini mengunakan maklumat dari dokumen-dokumen lama yang mengandungi ciri-ciri yang di miliki oleh individu-individu bersejarah yang berkreatif tinggi dalam pelbagai bidang contohnya Mozart, Newton, Monet dan sebagainya. Maklumat ini digunakan sebagai kriteria pengukuran kreativiti.

Biografi
Pendekatan biografi lebih kurang sama seperti kaedah historiometrik dimana dikaji dengan terperinci ciri-ciri pencipta-pencipta terkenal. Perbezaannya adalah dari segi kaedah pengukuran dimana historiometrik mengunakan kaedah berbentuk saintifik/empirik manakala pendekatan biografi mengunakan kaedah kes study yang lebih berbentuk narratif.

Perhubungan antara konsep kreativiti, otak kiri dan otak kanak

Otak kita terdiri dari hemisphera kiri dan hemisphera kanan yang disambung di tengah-tengah dengan sekumpulan saraf yang dinamakan corpus callosum. Hemisphera kiri mengawal bahagian kanan anggota badan kita manakala hemisphera kanan mengawal anggota kiri badan. Setiap hemisphera memproses maklumat dengan cara yang berbeza serta mempunyai fungsi yang berbeza. Sebelah kiri memproses maklumat secara rational dan logical dan bertanggungjawab terhadap pengunaan bahasa, penyelesaian masalah dan aktiviti-aktiviti yang berbentuk akademik. Sebelah kanan pula lebih cenderung kepada memproses maklumat dengan lebih spontan dan kreatif, terutama dalam bidang seni dan music. Sebagai contoh, seorang penulis mengunakan otak kanan untuk mrncipta dan otak kiri untuk mengurus dan menyusun apa yang dicipta dalam bentuk logikal

Pada umumnya, semua orang mempunyai potensi menjadi kreatif. Walau bagaimanpun disebabkan nilai-nilai kehidupan moden lebih mengalakkan pengunaan fungsi-fungsi otak kiri, kita jarang mempunyai masa melibatkan diri dalam aktiviti otak kanan yang lebih kreatif seperti menulis novel atau melukis. Selari dengan ini belah kreatif kita pun menjadi kurang aktif disebabkan kurang pengunaanya. Tambahan pula dalam kebanyakkan manusia, otak belah kiri mereka lebih dominen.

Oleh itu dalam mana-mana aktiviti yang berbentuk kreatif kita perlulah mengalakkan otak belah kanan untuk lebih aktif. Ini boleh dibuat dengan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti masa lapang termasuk yang berbentuk seni.

Terdapat bukti kajian yang menunjukkan bahawa terdapat pesakit (aphasia) yang hilang fungsi otak kiri, tetapi mereka masih boleh memproses aktiviti-aktiviti mental yang dikuasai oleh belah itu seperti bahasa dan sebagainya. Baolehkan anda fikirkan apa agaknya penerangan untuk fenomena itu?



Konsep Kreativiti Berpandu


Konsep ‘Kreativiti Berpandu’ diperkenalkan oleh Paul E. Plsek. Ia didefinasikan sebagai penghasilan dan pengunaan idea-idea kreatif berkaitan dengan suatu topik yang khusus. Penyokong konsep ini percaya bahawa semua orang mempunyai potensi untuk pemikiran kreatif tetapi ramai yang tidak tahu mengunakannya secara efektif. Mereka percaya bahawa jika anda boleh fikir anda mempunyai keupayaan berfikir secara kreatif.


Salah satu daripada perkara yang dianggap menyekat penghasilan idea-idea kreatif adalah ‘pengalaman’. Perspektik kita sering dipengaruhi oleh pengalaman kita yang membuatkan kita sukar membina perspektif-persktif baru.

Bila kita bertembung dengan sesuatu situasi, kita dengan serta-merta cuba memadankan ciri-ciri situasi itu dengan pengalaman lampau kita yang menyerupai situasi tersebut tanpa cuba melihatnya dengan cara yang baru. Berikutan ini reaksi kita dipengaruhi oleh reaski-reaksi yang pernah kita gunakan dalam situasi yang sama. Secara tidak langsung kita menghalang diri kita dari menghasilkan aksi atau reaksi yang baru atau unik.




Rajah diatas menunjukkan model dan kitaran kreativiti berpandu. Bermula dari tengah kanan bulatan, kita hidup setiap hari living with it didunia ini seperti juga orang lain. Walau bagaimanapun, pemikiran kreatif bermula dari pemerhatian observation dunia itu dengan terperinci dan menganalisis analysis bagaimana sesuatu berjaya atau gagal. Melalui analisis ini kita menyimpan sekumpul konsep tentang benda-benda dan situasi-situasi dalam ingatan kita. Dengan mengunakan konsep-konsep ini dan hubungan diantara mereka, kita menghasilkan generate idea-idea baru untuk tujuan-tujuan spesifik. Berikutan ini kita mengumpulkan harvesting dan memperbaiki enhancement idea-idea bekenaan serta membuat penilaian evaluation yang praktikel. Akhirnya idea-idea tersebut di aplikasikan atau digunakan implemention. Seterusnya, aplikasi ini menberi kesan kepada dunia yang kita hidup dan kitaran pemerhatian dan analysis bermula semula. Untuk memudahkan pemahaman model kitaran ini dibahagikan kepada empat phasa iaitu,

I. Penyediaan Preparation
II. Imaginasi Imagination
III. Perkembangan Development
IV. Aksi Action

Aktiviti 4.0

Fikirkan tiga aktiviti yang boleh anda buat didalam bilik darjah untuk megembangkan pemikiran kreatif mereka
Rujukan


Edward de Bon (1994). (1992). Serious Creativity : Using the Power of Lateral Thinking to Create New Ideas. New York:Harper-Collins

Gruber, H.E. (1981). Darwin on Man: A Psychological Study of Scientific Creativity. 2nd Ed, Chicago: University of Chicago Press.

Harvey, O.J., Hoffmeister, J.K., Coates, C and White, J.B. (1979). A Partial Evaluation of Torrance's Tests of Creativity. American Educational Research Journal, Vol. 7(3) , pp. 359-372.
James M. Higgins.101 Creative Problem Solving Techniques: The Handbook of New Ideas for Business. New Management Publishing Company.

Paul E. Plsek. (1997). Creativity, Innovations and Quality. ASQC Quality Press.

Rothenberg, A & Hausmen, C. (1976). The Creativity Question. Durham:Duke University Press

Sternberg, R.J., Kaufmann, J.C. and Pretz, J.E. (2002).The Creativity Conundrum. New York. Psychology Press

Torrance, E.P. (1989). Scientific views of creativity and factors affecting its Growth. In J.Kagan, ed., ‘Creativity and Learning’. Boston: Houghton Miffli

Thursday, January 1, 2009

PRA3101

  1. PRA 3101: ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


    SINOPSIS


    Kursus ini meliputi pengenalan kepada pendidikan awal kanak-kanak, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak, sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak, pandangan tokoh-tokoh pendidikan awal kanak-kanak, Akta 308 dan Akta 550, hak asasi kanak dan transisi dari rumah ke taska/tadika serta dari tadika/ prasekolah ke tahun 1.

    This course covers the introduction to early childhood education, growth and child development, the history of childhood education, views and ideas of earlier scholars of childhood education, Act 308 and Act 550, Children’s Right, also the transition process from home to nursery/preschools, and transitions from nursery/preschools to Year 1 of Primary School


    HASIL PEMBELAJARAN:
    Setelah mengikuti unit ini, anda akan dapat:


    1. Menjelaskan kefahaman mengenai sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak

    2. Menghuraikan konsep pertumbuhan, perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak

    3. Menjelaskan matlamat dan falsafah pelbagai program pendidikan awal kanak-kanak

    4. Membuat refleksi menggunakan model pendidikan awal kanak-kanak didalam pelaksanaan pembelajaran



    RINGKASAN UNIT

    1.0 Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

    2.0 Pertumbuhan dan Perkembangan kanak-kanak

    3.0 Sejarah Pendidikan Awal Kanak-kanak

    4.0 Pandangan tokoh-tokoh pengasas pendidikan Awal Kanak-kanak

    5.0 Hak Asasi kanak-kanak berdasarkan konvensyen Hak Kanak-kanak 1989.

    6.0 Akta 308 dan Akta 550

    7.0Transisi dari Rumah ke Taska, Tadika/ Prasekolah dan ke Tahun Satu.

  • Rangka Isi Pelajaran

    Pengenalan Pendidikan Awal Kanak-Kanak

    Pertumbuhan dan Perkembangan kanak-kanak

    Sejarah Pendidikan Awal Kanak- kanak

    Hak Asasi kanak-kanak berdasarkan konvensyen Hak Kanak-kanak 1989
  • Transisi dari Rumah ke Taska, Tadika/ Prasekolah dan ke Tahun Satu.

    Pandangan tokoh-tokoh pengasas pendidikan Awal Kanak-kanak


    Akta 308 dan Akta 550




    Apa yang anda fahami tentang Pendidikan Awal Kanak-kanak?


    Unit 1.0 : Pengenalan kepada Pendidikan Awal Kanak-kanak

    Awal kanak-kanak ialah isitlah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-kanak dari masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut ‘ The National Association for The Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi Pendidikan Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun:

    · Konsep Pendidikan Awal Kanak-kanak

    Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun.Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika secara ringkas.
    Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.
    Aktiviti 1.

    Apakah perbezaan di antara istilah-istilah ini: Taska, Tadika dan Tabika?


    Unit 2.0: Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak

    Aktiviti 2.
    Sebelum anda mula membaca, nyatakan apa yang anda fahami dengan konsep pertumbuhan dan konsep perkembangan pendidikan awal kanak-kanak ?


    Pengenalan kepada konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak

    Konsep Pertumbuhan:

    Pertumbuhan bermaksud perubahan yang boleh dinilai dan diukur secara kuantatif dari satu peringkat ke satu peringkat perkembangan yang lain (Atan Long, 1978). Perubahan biasanya adalah perubahan fizikal yang melibatkan pertambahan kuantiti iaitu misalnya perubahan dari segi berat badan, tinggi dan pertambahan saiz badan. Contohnya pertambahan berat badan kanak-kanak dati 10 kilogram semasa berumur 2 tahun dan menjadi 12 kilogram semasa berumur 3 tahun (Lefrancois, 1990).

    Pertumbuhan juga proses perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam diri seseorang contohnya tulang-tulang rangka badan (skeleton) bertambah jumlahnya semakin individu membesar dan juga terjadi pertambahan panjang tulang-tulang dari satu peringkat perkembangan yang lain dan pertambahan panjang ini akan terhenti bila pertumbuhan seseorang menjadi matang iaitu ketika dia remaja ( Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2002).

    Konsep Perkembangan

    Perkembangan ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur tetapi jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat yang lebih awal (Atan Long, 1980). Contohnya perubahan pada rambut manusia daripada berwaran hitam semasa remaja menjadi putih pada peringkat akhir dewasa.

    Paul Eggan & Don Kauchak (1997) mengatakan ” the concept of development, the orderly, durable change in a learner resulting from a combination of learning, experience, and maturation.” Jelas, Paul Eggan dan Don Kauchak berpendapat perkembangan adalah perubahan yang berturutan dan kekal dalam diri seseorang hasil daripada kematangan, pembelajaran dan pengalaman (Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2000).

    Slavin (1997) juga berpendapat perkembangan adalah berkaitan dengan mengapa dan bagaimana individu tumbuh dan membesar, menyesuai diri kepada persekitaran dan bagaimana berubah melalui peredaran masa. Ringkasnya menurut Slavin, perkembangan ialah “ Orderly and lasting growth, adaptation, and change over the course of a lifetime.” (Ramlan Jantan & Mahani Razali, 2000).

    Perkembangan juga merupakan satu proses yang kompleks merangkumi perubahan secara kuantitatif dan kualitatif dari segi fizikal, perceptual, intelektual, bahasa, emosi, social dan moral seseorang individu (Berk, 2000). Semua perkembangan sama ada berbentuk fizikal, tingkah laku ataupun sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat.

    Aktiviti 3.

    Bina satu pengurusan grafik untuk membuat satu perbandingan antara konsep pertumbuhan dengan konsep perkembangan.


    Prinsip-prinsip pertumbuhan dan perkembangan

    Pertumbuhan berlaku dalam dua arah : dari atas ke bawah dan dari tengah ke tepi.
    Pertumbuhan struktur badan mendahului kemahiran fungsinya.
    Perkembangan motor kasar berlaku terlebih dahulu daripada motor halus.
    Corak pertumbuhan dan perkembangan adalah sama tetapi kadarnya adalah berbeza pada setiap individu.
    Pertumbuhan berlaku hingga satu tahap, tetapi perkembangan berlaku secara berterusan hingga akhir hayat.
    Pertumbuhan dan perkembangan saling berinteraksi. Pertumbuhan jasmani yang kurang sihat boleh menjejaskan perkembangan rohani, emosi dan sosial.
    Ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan boleh ditentukan mengikut peringkat-peringkat tertentu.
    Perkembangan mental bermula daripada konkrit kepada abstrak
    Perkembangan daripada egosentrik kepada menerima pandangan orang lain.
    (Mok Soon Sang, 2001)
  • Aktiviti 4.
    Kenapa guru perlu memahami konsep pertumbuhan dan konsep perkembangan dalam pendidikan awal kanak-kanak ?


    Konsep semula jadi dan pemupukan (Nature Vs Nurture)

    Faktor semula jadi atau faktor pemupukan, manakah faktor yang paling mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan manusia? Persoalan ini telah menjadi perdebatan yang tiada kesudahannya. Pada masa sekarang tidak ada jawapan yang tepat mengenai persoalan ini. Alasannya ialah bergantung kepada beberapa. Pada satu pihak banyak ciri-ciri manusia dipengaruhi oleh keturunan. Contohnya warna mata anda dipengaruhi oleh keturunan (lebih kurang 90 peratus). Dengan itu, kita boleh katakan bahawa sebahagian besarnya dipengaruhi ileh keturunan berbandingan dengan faktor persekitaran. Namun begitu ketinggian juga boleh dipengaruhi oleh pemakanan, hormon-hormon pertumbuhan dan intervensi persekitaran yang lain. Ciri-ciri yang lain seperti pembawaan dan perasaan malu adalah sangat dipengaruhi oleh perwarisan.

    Pemupukan (persekitaran) di mana seseorang individu itu membesar dan berkembang adalah memainkan peranan yang penting dalam membentuk diri dan tingkah laku seseorang individu itu. Contohnya dari mula lahir sehingga berumur 8 tahun, persekitaran sangat penting. Banyak faktor-faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam perkembangan awal kanak-kanak termasuk pemakanan, kualiti persekitaran, rangsangan otak hubungan kasih sayang dengan keluarga atau ibu bapa dan peluang-peluang pembelajaran. Keluarga, sekolah, masyarakat dan rakan sebaya juga memberi kesan kepada perkembangan (Morrison , 2001) menyatakan faktor semula jadi dan pemupukan adalah sama penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal. Interaksi di antara kedua-dua faktor ini telah menjadikan manusia seperti diri kita pada hari ini (Morrison,m.s:193- 195)

    Aktiviti 5:

    Jelaskan apa yang dimaksudkan “Nature” vs” Nuture”



    Unit 3.0: Sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak

    Perkembangan Pendidikan Prasekolah Di Luar Negara.

    Pendidikan prasekolah mula berkembang di Eropah pada abad ke 19 dan di Amerika pada abad ke 20. Ahli-ahli Falsafah Eropah yang terkenal seperti Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel dan Maria Montessori.Froebel adalah orang pertama mendirikan tadika di dunia iaitu di Negeri Jerman pada tahun 1837 dan menamakan tadika itu Kindergarten yang bermaksud “Garden of Children”. Prasekolah pertama didirikan di United Kingdom ditubuhkan oleh Robert Own pada tahun 1816 di Daerah Scotland dan diberi nama “The Infant School”.

    Di Amerika Syarikat, Prasekolah pertama didirikan pada tahun 1850 oleh Carl Schruz dan seterusnya pada tahun 1860, Elizabert Peabody membuka tadika di Boston.
    Penubuhan prasekolah di Eropah dan Amerika Syarikat tertumpu kepada kanak-kanak dari golongan yang berada sahaja. Manakala kanak-kanak yang miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan awal.


    Di ASEAN, pendidikan prasekolah bermula selepas peperangan Dunia Kedua.
    Pada tahun 1900an, prasekolah mula ditubuhkan di Filipina, Singapura dan Thailand sahaja. Manakala di Malaysia, perkembangan pendidikan prasekolah bermula pada tahun 1940 an.

    Perkembangan Pendidikan Prasekolah di Malaysia
    · Zaman Sebelum Merdeka

    Pada tahun 1940 an prasekolah mula dibuka oleh missionari Kristian dengan pendidikan berpengaruhkan British dengan mengenakan yuran yang sangat mahal dan anak-anak orang berada sahaja belajar di prasekolah itu. Guru-guru prasekolah pula terdiri daripada bekas guru sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman mengajar di prasekolah.

    · Zaman Selepas Merdeka

    Pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia bagi mendirikan prasekolah yang mirip kepada projek “Head Start” di Amerika Sharikat. Tadika ini telah ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg. Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang beruntung dari keturunan Melayu, Cina dan India.


    Pada tahun 1970,

    KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di kawasan luar bandar yang dikenali Tabika untuk membantu rakyat yang miskin di luar bandar .Diikuti dengan penubuhan prasekolah oleh FELDA, Risda (1980) dan Majlis Perhubungan Masyarakat (1976). Pada tahun 1972, Pusat Perkembangan Kurikulum telah menerbitkan Buku Panduan Pendidikan Prasekolah dan telah membuka 12 buah prasekolah percubaan di seluruh Malaysia.Tahun 1972 Maktab Perguruan Ilmu Khas, Ceras telah melatih seramai 137 orang guru-guru sekolah rendah dan guru-guru KEMAS dalam pendidikan prasekolah untuk mengajar di prasekolah.

    KEMAS telah membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.

    Tahun 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru Tadika di Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapatkan khidmat nasihat daripada Universiti Malaya. Pada 18 Disember 1991, Jemaah Menteri telah bermesyuarat untuk membincangkan mengenai program prasekolah di Malaysia dan pada 27 Januari 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula bermesyuarat untuk membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Kesan daripada mesyuarat di atas, maka Akta Pendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai pendidikan prasekolah dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Kesan daripada akta pendidikan prasekolah, maka pada 6 Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program peluasan prasekolah.

    Selain daripada pertambahan bilangan prasekolah dari tahun ke tahun, bilangan peluasan prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut negeri juga bertambah dari setahun ke setahun.
  • Aktiviti 6:
    1. Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah.
    2. Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia secara umum.

    Unit 4.0: Pandangan Tokoh-tokoh Pengasas Pendidikan Awal Kanak-Kanak

    Terdapat pelbagai falsafah dan pandangan dari tokoh-tokoh bagi mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Pada pandangan anda, adakah pandangan ahli falsafah mempengaruhi pembentukan kurikulum untuk kanak-kanak pada peringkat awal?

    Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada;
    1. Imam Al-Ghazali
    2. Ibnu Khaldun
    3. Johann Heinrich Pestalozzi
    4. Friedrich Froebel
    5. Maria Montessori

    4.1 IMAM Al-GHAZALI

    Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Tahun 484 Hijrah beliau dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah. Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah. Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin.

    Pandangan / Idea-idea beliau
    Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya.
    Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang.
    Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga.
    Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.
    Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian mereka.
    Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.
    Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat:
    - Membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka.
    - Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain.
    - Dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar.
    Nasihat beliau kepada guru supaya:
    - Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.
    - Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka.
    - Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik.

    4.2 IBNU KHALDUN

    Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang terakhir pada zaman pertengahan telah menasihatkan ibu bapa dan golongan pendidik.
    Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan untuk belajar, pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu dan latihan.

    Pendapat beliau pada peringkat permulaan:
    Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah.
    Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara:
    - Berperingkat-peringkat
    - Mengadakan latih tubi
    - Menggunakan benda-benda maujud
    - Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar
    Kanak-kanak jangan dibebankan dengan perkara-perkara yang diluar kemampuan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka:
    - Tidak mahu belajar
    - Mencerca pengajaran yang diberi
    Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi contoh-contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka.
    Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain.
    Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami apa yang disampaikan.
    Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi pemalas, pembohong, berlagak untuk menyembunyikan yang sebenar, membuat tipu helah dan tidak berperikemanusiaan.
    Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh menyebabkan lupa, sebaliknya dalam waktu yang pendek serta cara yang betul bagi mendapat hasil pembelajaran yang baik.
    Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak semasa pembelajaran. Mulailah dengan menulis dan membaca, kemudian kaitkan dengan makna.
    Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang baik dalam membentuk peribadi kanak-kanak.


4.3 JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 – 1827)
Beliau dilahirkan di Zurich, Swizerland. Beliau membuka sebuah sekolah di ladangnya dikenali dengan nama “Neohof” pada tahun 1774. Di sekolah itu diintegrasikan kehidupan di rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan.

Idea-idea beliau mengenai pendidikan:
Anak-anak perlu dibimbing secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang ada padanya. Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman deria kepada idea yang abstrak.
Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria. Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang semulajadi.
Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk berdasarkan objek. Oleh itu, pembelajaran konsep hendaklah dengan melalui manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa dan menyentuh.
Guru yang baik ialah guru yang mengajar kanak-kanak bukan mengajar mata pelajaran.
Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai umur. (multiage grouping).
Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik untuk mengajar anaknya.

4.4 FRIEDRICH FROEBEL (1782 – 1852)
Seorang tokoh pendidikan dari Jerman. Beliau digelar sebagai “Bapa Tadika”. Pada tahun 1837, beliau menubuh sekolah taman kanak-kanak yang dinamakan “Kindergarten”. Beliau adalah seorang yang kuat beragama dan menganggap manusia secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan.


Menurut beliau “kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main”

Antara idea-idea Froebel ialah:
Taman kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan gambar-gambar.
Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak. Keadaan bilik janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti.
Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai bentuk yang mudah, saiz dan warna.
Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan bahaya alam semulajadi. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan terhadap latihan kanak-kanak. Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan. Beliau menekankan kaedah bermain kepada kanak-kanak dan belajar melalui membuat. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya. Beliau menekankan disiplin diri terhadap kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi kanak-kanak. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan ia saling berkaitan antara satu sama lain.

4.5 MARIA MONTESSORI (1870 – 1952)
Merupakan tokoh pendidikan di Rome. Berpengalaman mendidik kanak-kanak yang terencat akal. Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah kanak-kanak cacat di Rome. Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap. Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang, kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial, emosi dan rohani.

Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep berikut;

a. Minda yang mudah menyerap

Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian yang berlaku disekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran lagi.

B. Persekitaran yang tersedia
Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai.

C. Didikan diri
Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan dan aktiviti.

d. Bahan pembelajaran
Guru hanya menunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya secara bebas dan sukarela. Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran mmerhati dan meneliti; kesedaran berkenaan susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan; kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal; konsep matematik; kemahiran bahasa; kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan dengan seni kreatif; pemahaman berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman berkenaan sains social; pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.

e.Tempoh sensitif
Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.

Menurut falsafah Montessori;

Ibu bapa patut diberi latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini dalam membimbing anak mereka.
Terdapat tempoh sensitif yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan konsep tertentu. Tempoh sensitive ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang kanak-kanak.
Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa.
Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara demikian apabila dewasa kelak.
Maklumat yang diterima melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran.
Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar dan kegunaan bahan manipulatif dan “betul diri”.
Guru akan meningkat pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanak-kanak.
Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan bersaiz kanak-kanak.
Guru perlu menyediakan persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak belajar secara bebas.
Peranan guru hanya membantu kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka.

Bagi mencapai matlamat ini, terdapat beberapa prinsip dalam kaedah Montessori iaitu berdasarkan kepercayaan beliau terhadap pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya ialah:
- Menghormati kanak-kanak dan hak mereka.
- Konsep kebebasan
- Menguasai kemahiran dari mudah ke sukar
- Kanak-kanak dididik secara bersepadu dan menyeluruh
- Kanak-kanak melakukan aktiviti arahan kendiri.
- Pentingnya disiplin diri
- Terdapat tempoh sensitif yang berbeza bagi setiap kanak-kanak
- Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan dan menggunakanya. Kanak-kanak mengajar diri mereka sendiri.
- Kanak-kanak belajar dengan lebih baik dalam persekitaran yang disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak belajar secara sendiri.

Aktiviti 7:


1. Jelaskan perbezaan pandangan antara dua tokoh Psikologi Islam iaitu Imam Al-Ghazali dan Ibnu Khaldun mengenai pendidikan awal kanak-kanak.

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep “Taman Kanak-kanak” yang dinyatakan oleh Friedrich Froebel?

Jelaskan konsep asas dalam pembentukan kurikulum awal kanak-kanak oleh Maria Montessori.

Unit 5.0: Hak Asasi Kanak-kanak Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak 1989

Hak Asasi Kanak-Kanak

Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan khas Ia juga meletakkan penekanan khas ke atas penjagaan utama dan tanggungjawab perlindungan oleh keluarga. Ia juga sekali lagi mengesahkan keperluan bagi perlindungan undang-undang dan perlindungan yang lain kepada kanak-kanak. Ia meliputi hak sebelum dan selepas lahir, kepentingan hormat kepada nilai-nilai kebudayaan komuniti kanak-kanak. Merupakan satu peranan yang amat penting bagi kerjasama antarabangsa dalam menjamin hak asasi kanak-kanak.

Pada pendapat anda adakah Hak Asasi penting dalam menyediakan pendidikan yang sesuai untuk kanak-kanak?

Berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak yang telah diterima pakai oleh Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 20 November 1989 mengandungi Perkara 1 hingga Perkara 54. Di antara perkara yang berkaitan dengan hak pendidikan perkembangan kanak-kanak terkandung dalam Perkara 6, Perkara 18, Perkara 27, Perkara 28 dan Perkara 29.


PERKARA 6

1. Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan setakat yang sebanyak mungkin boleh kewujudan dan perkembangan kanak-kanak.

Kewujudan dan perkembangan
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup, dan Negara mempunyai obligasi untuk memastikan kewujudan dan perkembangan kanak-kanak itu.

PERKARA 18

1. Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik mereka untuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-dua ibu bapa mempunyai tanggungjawab bersama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, penjaga di sisi undang-undang, mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak. Kepentingan terbaik kanak-kanak akan menjadi perhatian asas.

Tanggungjawab ibu bapa
Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk membesarkan kanak-kanak, dan Negara hendaklah menyokong mereka dalam hal ini. Negara hendaklah memberikan bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dalam pembesaran anak.

2. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan dalam Konvensyen ini, Negara-Negara Pihak hendaklah memberi bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga di sisi undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab pembesaran anak mereka dan hendaklah memastikan perkembangan institusi, kemudahan dan perkhidmatan bagi jagaan kanak-kanak.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar untuk memastikan bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa yang bekerja berhak mendapat faedah daripada perkhidmatan dan kemudahan jagaan anak yang mereka layak.
PERKARA 27

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan sosial kanak-kanak itu.

Taraf hidup
Tiap-tiap kanak-kanak mempunyai hak kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan dan pembangunan sosial. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama untuk memastikan bahawa kanak-kanak mempunyai taraf hidup yang mencukupi. Kewajipan Negara ialah untuk memastikan bahawa tanggungjawab ini boleh dilaksanakan. Tanggungjawab Negara boleh termasuk bantuan material kepada ibu bapa dan anak-anak mereka.

2. Ibu bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu mempunyai tanggungjawab utama untuk menjamin, mengikut kebolehan dan keupayaan kewangan mereka, keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan kanak-kanak itu.

3. Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara dan mengikut kemampuan mereka, hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan orang lain yang bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu untuk melaksanakan hak ini dan hendaklah, jika diperlukan, memperuntukkan bantuan material dan program sokongan, terutamanya berhubungan dengan pemakanan, pakaian dan perumahan.

4. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk menjamin supaya mendapat kembali nafkah untuk kanak-kanak daripada ibu bapa atau orang lain yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu, baik dalam Negara Pihak dan dari luar negeri. Secara khususnya, jika orang yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu tinggal dalam Negara yang berlainan daripada negara kanak-kanak itu, Negara-Negara Pihak hendaklah menggalakkan kesertaan dalam perjanjian atarabangsa atau pembuatan perjanjian sedemikian, serta membuat perkiraan lain yang sewajarnya.

PERKARA 28

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada pendidikan, dan dengan tujuan untuk mencapai hak ini secara berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang yang sama, mereka hendaklah, secara khususnya:

(a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan secara percuma kepada semua;
(b) Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk, termasuk pendidikan am dan vokasional, mengadakan pendidikan itu dan terbuka kepada tiap-tiap kanak-kanak, dan mengambil langkah yang sewajarnya seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan menawarkan bantuan kewangan jika diperlukan;
(c) Menjadikan pendidkkan tinggi kepada semua atas dasar keupayaan melalui tiap-tiap cara yang sewajarnya;
(d) Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan bimbingan diadakan dan terbuka kepada semua kanak-kanak;
(e) Mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan kehadiran secara tetap di sekolah dan mengurangkan kadar keciciran.

Pendidikan
Kanak-kanak mempunyai hak kepada pendidikan, dan kewajipan Negara untuk memastikan bahawa pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudah diperoleh oleh tiap-tiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan kepada semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkan mengikut cara yang selaras dengan kemuliaan kanak-kanak dan dengan menepati Konvensyen ini.

3. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam perkara yang berhubungan dengan pendidikan, khususnya dengan tujuan untuk menyumbang kepada pembasmian kejahilan dan buta huruf di seluruh dunia dan memudahkan akses kepada pengetahuan saintifik dan teknik dan kaedah pengajaran yang moden. Dalam hal ini, perhatian yang khusus hendaklah diberikan kepada keperluan negara-negara membangun.

PERKARA 29

1. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak hendaklah dihalatujukan kepada:
Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling tinggi;

Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan kebebasan asasi, dan bagi prinsip-prinsip yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;

Perkembangan rasa hormat bagi ibu bapa kanak-kanak, identiti kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri, bagi nilai kebangsaan negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu, negara yang daripadanya dia berasal, dan bagi tamadun yang berbeza daripada tamadunnya sendiri;

Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab dalam masyarakat yang bebas, dalam semangat persefahaman, keamanan, toleransi, kesamaan jantina, dan persahabatan di kalangan semua orang, kumpulan etnik, kebangsaan dan agama dan orang yang asal usulnya penduduk asli;

Unit 6.0: Akta 308 dan Akta 550

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) merupakan suatu Akta yang digubal bagi mengadakan peruntukan pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Sejauhmanakah Akta Pendidikan 1996, mempengaruhi penubuhan dan perlaksanaan prasekolah di Malaysia?

“Pendidikan Prasekolah” ertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hingga enam tahun.

FASA 15: SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Sistem pendidikan kebangsaan hendaklah terdiri daripada;
(a) Pendidikan prasekolah
(b) Pendidikan rendah
(c) Pendidikan menengah
(d) Pendidikan lepas menengah
(e) Pendidikan tinggi
Tetapi tidak termasuk pendidikan di sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa.

FASA 20: LARANGAN TERHADAP PENUBUHAN, PENGENDALIAN ATAU PENGURUSAN TADIKA
(1) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskan melainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah akta ini.
(2) Seseorang yang melanggar subsekyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan.

FASA 21: KUASA MENTERI UNTUK MENUBUHKAN TADIKA.
Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan akta ini, menubuhkan dan menyenggarakan tadika.

FASA 22: KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN HENDAKLAH DIGUNAKAN OLEH
SEMUA TADIKA
(1) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang hendaklah digunakan oleh semua tadika dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
(2) Kurikulum Prasekolah yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh Pendidikan Prasekolah masing-masing.
(3) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apa kurikulum sebagai tambahan kepada Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah, sebelum melaksanakan kurikulum tambahan sedemikian, memaklumkan Ketua Pendaftar tentang maksud itu mengikut cara yang ditetapkan.
(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

FASA 23: BAHASA PENGANTAR DI TADIKA

Walau apa pun subseksyen 17 (1), bahasa-bahasa lain selain daripada bahasa kebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapi jika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib.


FASA 24: KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN BERHUBUNGAN DENGAN
PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan bab ini.
Aktiviti 8:
1. Apakah yang terkandung dalam fasa 20, iaitu larangan terhadap penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika?
2. Siapakah yang berhak menetapkan suatu kurikulum yang dikenali sebagai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan? Apakah denda yang patut dikenakan apabila melanggar kurikulum yang ditetapkan?

Huraikan sejarah awal perkembangan pendidikan prasekolah.
2. Bagaimanakah perkembangan pendidikan prasekolah di Malaysia
secara umum.

Unit 7.0: Transisi dari Rumah ke Taska,Tadika / Prasekolah dan ke Tahun Satu.

Lawatan awal ibubapa dan kanak-kanak
Taklimat dan penerangan program Taska,Tadika/ Prasekolah dan Tahun Satu
Peranan dan tanggungjawab Guru dalam membantu kanak-kanak menyesuaikan diri
Perancangan dan pengurusan Institusi

TRANSISI RUMAH KE PRASEKOLAH


Konsep: Transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain.
Transisi kanak-kanak prasekolah dapat dibahagikan kepada 2:
* Transisi rumah ke prasekolah
* Transisi prasekolah ke sekolah rendah (ke Tahun Satu)

Transisi rumah ke prasekolah adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan dari rumah dengan sistem pendidikan yang tidak formal dari keluarga ke tadika atau prasekolah.

Tujuan program Transisi:

Kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru serta pendekatan yang lebih formal di Tahun Satu.
Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani kanak-kanak secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun Satu.
Meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke prasekolah tanpa banyak masalah.

Peranan guru prasekolah
a) Mewujudkan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan kanak-kanak. Ibu bapa akan merasa yakin untuk meninggalkan anak-anak mereka di prasekolah.
b) Guru prasekolah berperanan sebagai pendidik,pembimbing dan pengasuh kanak-kanak .Guru prasekolah juga memainkan peranan pengganti ibu bapa dan sebagai model yang baik kepada kanak-kanak.Dengan ini, kanak-kanak merasa suasana di prasekolah seperti di rumah mereka.
c) Guru prasekolah berperanan membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dengan rakan dan persekitaran yang baru di prasekolah.
d) Guru perlu menangani perbezaan murid yang datang dari latar belakang dan pengalaman yang berbeza dengan memberi layanan yang sesuai.
e) Guru perlu memberitahu peraturan dan disiplin di prasekolah yang berbeza dengan amalan yang berlaku di rumah mereka.
Peranan pembantu prasekolah

a) Melayan kanak-kanak dengan mesra supaya kanak-kanak merasa mereka tidak berada di tempat yang asing. Contoh membawa kanak-kanak ke tandas.
b) Membantu kanak-kanak menguruskan diri di prasekolah seperti sewaktu makan, rehat dan bermain.
c) Mengawasi keselamatan kanak-kanak semasa mereka berada di prasekolah.
d) Membantu guru dalam pengurusan kanak-kanak di prasekolah.
Aktiviti 9:
1. 1. Jelaskan konsep transisi dari rumah ke sekolah dan menggunakan pendapat anda jelaskan mengapakah program transisi perlu di adakan.

2. Bincangkan peranan guru dan pembantu prasekolah bagi menjayakan program transisi dari rumah ke prasekolah

RUJUKAN


Bergstrom, J.M., Margosian, R.K. & Olson, F.A (1976) Enhancement of growth and for young children, Columbus, O.H: Merill. Pub.

Brewer, J.A. (1995). Introduction to early childhood education. NY: Allyn & Bacon.

Charlesworth, R., (2004). Understanding Child Development (6th ed.). NY: Thomson Delmar Learning

Essa. L. E. (2003). Introduction to Early Childhood Education. 4th ed. NY: Thomson Delmar Learning

Berk, L. E. (2002). Child Development (6th Ed.).MA: Allyn & Bacon.

Chesla, E. & Malic, J. (2002). Early Childhood Education Teacher.NY: Thomson Delmar Learning.

David Whitebread, (2003) Teaching and learning in the early years. Routledge-Falmer- Taylor & Francis Group Pub.

Gordon, A.M., & Williams, K.B (2004). Beginnings Beyond:Foundations in Early Childhood Education. (6 th ed). N.Y : Thomson Delmar Learning

Morrison, G.S. (1995). Early childhood education today. Prentice Hall.Inc.

Patricia H Miller (1996), Theories of development psychology. W.H. Freeman and
Company N.Y.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1998) Kurikulum pendidikan prasekolah Malaysia. PPK.

Rohaty Mohd. Majzub & abu Bakar Nordin, (1989). Pendidikan prasekolah, Petaling jaya: Fajar
Bakti.

Rohaya Hj. Yahya (1996). Kaedah Montessori. Kuala Lumpur: Utusan & Distributors Sdn.

Seefeldt, C. & Barbour, N. (1990) Early childhood education; An Introduction, Colombus: Merill Publishing.

Undang-undang Malaysia (2004) Akta Pendidikan dan Peraturan-peraturan. MDC Publishers Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

http://childcare.about.com/cs/preschools/a/readiness.htm

http://www.dph.gov.my/survelans/Guidelines%202007/BUKU%20PANDUAN%20%20TASKA%20PRASEKOLAH%202007.pdf


Disediakan oleh:

Zulkiply bin Hj Yaakob
Institut Perguruan Tun Hussein Onn
Km 7.75 Jalan Kluang
83000 Batu Pahat,
Johor. zulkiplyyaakob@oum.edu.my
zulk4@yahoo.com
Kelulusan:
M.Ed.(Pendidikan Prasekolah)
B.Ed. Hons. (Muzik)
Sijil Guru Khas (Muzik)
Sijil Guru (PPAK)

Pengalaman:
Pesyarah Prasekolah IPTHO (7 tahun)
Pesyarah Prasekolah MPTAA (10 tahun)
Guru Sekolah Menengah (2 tahun)
Guru Sekolah Rendah (7 tahun)
Penulis Modul Prasekolah OUM, Kemas, BPG.