Friday, July 13, 2012
Saturday, July 7, 2012
Permainan yang Merangsang Perkembangan Sosioemosi dan Kognitif Kanak-kanak
Tugasan A
1.0 Pengenalan
Komponen Perkembangan Sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan kemahiran emosi yang matang. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak kerana ia menjadi asas kepada pembelajaran dan perkembangan murid dan seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam pembelajaran mereka.
Perkembangan emosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif. Kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran.
Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami emosi, keperluan dan menghormati pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam masyarakat berbilang kaum yang mesra dan harmoni.
[Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2007]
Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang secara sihat dan positif, mereka dapat belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.
Apabila dikatakan kanak-kanak mempunyai tahap sosioemosi yang memberangsangkan, ini bermakna mereka mempunyai sesuatu perasaan sebagai reaksi bagi menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat dengan cemerlang. Walau bagaimanapun, sosioemosi yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam bentuk yang keterlaluan tidak baik dipandang oleh masyarakat. Ini bermakna, kanak-kanak seharusnya mempelajari bagaimana menyesuaikan bentuk sosioemosi mereka dalam masyarakat.
1.1 Sosioemosi
Banyak takrifan yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh terkemuka untuk mentakrifkan perkataan sosioemosi. Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi.
Menurut Kamus Pelajar Edisi Pertama, sosial bermaksud segala hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan. Manakala Kamus Dewan Edisi Ketiga pula menakrifkan sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.
Perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Menurut Rohani Abdullah, proses ini melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat, iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri (Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn, 1979).
Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu “emovere” yang membawa maksud “untuk keluar”. Oleh itu, emosi adalah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.
Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi datang dalam berbagai bentuk seperti emosi gembira, sedih, takut, marah dan lain-lain. Tahap emosi juga pelbagai dan secara umumnya emosi dikelaskan sebagai emosi positif seperti gembira, teruja, girang dan emosi negatif pula adalah seperti marah, sedih, kecewa dan lain-lain.
Oleh itu, sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.
1.2 Perkembangan Sosioemosi
Perkembangan Sosioemosi merupakan perkembangan penguasaan emosi dan kemahiran sosial yang matang. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat, sangat penting dalam kehidupan seseorang. Aspek ini akan mempengaruhi pembelajaran murid.
Perkembangan Sosioemosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif. Keupayaan mengurus emosi diri sendiri membolehkan murid memahami keperluan, emosi dan pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam kehidupan masyarakat majmuk yang mesra dan harmoni.
Komponen perkembangan sosioemosi memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan untuk menghadapi kehidupan seharian yang penuh dengan pelbagai cabaran. Oleh itu, komponen ini perlu disepadukan melalui aktiviti pembelajaran komponen lain.
1.2.1 Teori-teori Perkembangan Sosioemosi
Banyak teori-teori yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh berkaitan dengan perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
pernah menyatakan bahawa kanak-kanak perlu didedahkan tentang;
· Kesedaran dan pengurusan kendiri,
· Pencapaian emosi yang positif,
· Kesedaran tentang keperluan, perasaan dan pandangan orang lain,
· Pembinaan kemahiran sosial, dan
· Pembinaan keyakinan menghadapi cabaran kehidupan harian.
Bandura pula menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya pada orang lain dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat, cara yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat.
Teori Erik Erikson pula menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini. Di dalam teori ini, Erikson memperkenalkan lapan peringkat perkembangan psikososial. Setiap peringkat saling berkait rapat antara satu sama lain.
Erikson mencadangkan individu perlu berhadapan dengan krisis perkembangan di dalam setiap peringkat yang mana pada setiap peringkat mempunyai matlamat untuk dicapai. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu.
Peringkat-peringkat yang terlibat untuk kanak-kanak yang berusia 2 - 6 tahun ialah:
· Autonomi lawan keraguan (1 hingga 3 tahun)
Kanak-kanak akan cuba melakukan aktiviti fizikal tanpa memerlukan bantuan orang dewasa contohnya ingin cuba makan dan minum dengan sendiri, membuang air, memakai kasut dan sebagainya. Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk meneroka perlakuan fizikal ini akan merasa mempunyai keyakinan diri atau autonomi manakala yang tidak diberi peluang akan merasa ragu-ragu kepada dirinya.
· Inisiatif lawan rasa berasa bersalah (4 hingga 6 tahun)
Kanak-kanak cuba berdikari dengan meneroka persekitaran dan kemahiran baru. Mereka suka bertanya dan mahu penjelasan untuk situasi yang berlaku. Sokongan yang diberi akan menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak diberi peluang akan rasa bersalah kepada dirinya.
1.3 Bermain
“Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui bermain mereka gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi.”
[Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003]
Bermain adalah proses semula jadi dan spontan. Ia adalah kerja kanak-kanak yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai pembelajaran tidak formal.
Froebel (1782 – 1852) pernah mewujudkan program kindergarten 1 di Jerman untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun berkonsepkan ‘bermain sambil belajar’. Beliau percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu aktiviti yang menggembirakan. Bermain adalah salah satu aktiviti yang menggembirakan. Dengan bermain kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran.
John Dewey (1852 – 1859) pula menggalakkan proses pembelajaran melalui prinsip belajar melalui bermain di mana aspek keseronokan merupakan hak bagi setiap kanak-kanak.
1.3.1 Kategori Main
Mildred Parten (1932) telah mengkaji main dari segi aspek sosial. Beliau mengkategorikan main sosial kepada enam peringkat pembentukan sosial kanak-kanak menerusi main. Kajiannya tentang main sosial masih dianggap sesuai sehingga hari ini. Pemeringkatan main yang digunakan oleh Parten terus dijadikan rujukan. Kategori main sosial mengikut Parten adalah seperti berikut:
· Perlakuan tidak menentu (unoccupied behaviour) – kanak-kanak bergerak di dalam kelas dari satu tempat ke tempat lain sambil memerhati tetapi tidak bermain;
· Main sendirian (solitary play) – kanak-kanak bermain sendirian, tidak melibatkan kanak-kanak lain yang duduk berhampiran dengannya;
· Main pemerhatian (onlooker play) – kanak-kanak ini berdiri memerhati kanak-kanak lain bermain tetapi tidak melibatkan diri dalam permainan;
· Main selari (parallel play) – kanak-kanak bermain permainan yang sama tetapi tidak bermain bersama-sama dan tidak berkongsi alat permainan yang sama;
· Main asosiatif (associative play) – kanak-kanak ini berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan berkongsi peralatan mainan tetapi tidak bersama dalam aktiviti main; dan
· Main koperatif (cooperative play) – kanak-kanak ini bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan permainan bersama dan berkongsi aktiviti.
Jean Piaget menyarankan bahawa pembelajaran bermakna memerlukan masa ‘untuk memainkannya’ dengan cara membuat sesuatu menerusi berbagai alternatif. Oleh itu kanak-kanak memerlukan masa yang fleksibel dalam aktiviti main untuk mencapai matlamatnya.
2.1 Kegunaan permainan tersebut dari segi sosioemosi dan juga kognitif kanak-kanak
Secara umumnya, belajar melalui bermain dapat menyumbang kepada pelbagai aspek perkembangan seperti daya kreatif, fizikal, bahasa, sosioemosi dan moral.
Melalui permainan ini, kanak-kanak dapat merasai pengalaman jual beli yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kanak-kanak akan mendapat pengetahuan baru mengenai cara penggunaan wang, nilai wang, dan urusan jual beli di pasar atau pun pasar raya.
Berikut adalah kegunaan permainan ini dari segi sosioemosi dan juga kognitif kanak-kanak;
Dari segi perkembangan sosioemosi kanak-kanak,
(a) Kanak-kanak belajar bagaimana mengadakan perhubungan sosial.
Contohnya dalam permainan ini, kanak-kanak belajar untuk berurus niaga dengan rakan-rakannya dalam permainan yang berkonsepkan main peranan. Untuk bermain dengan jayanya, kanak-kanak perlu berkomunikasi dengan rakan-rakannya dalam cara yang dapat difahami di samping memahami apa yang cuba disampaikan oleh mereka kepadanya. Komunikasi ini melibatkan aktiviti bertutur dan bersoal jawab yang secara tidak langsung dapat merangsang perkembangan komunikasi dan bahasa kanak-kanak.
(b) Kanak-kanak belajar bagaimana menyelesaikan masalah apabila berlaku.
Mereka juga bersama-sama dengan ahli kumpulan mereka berkolaborasi untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan dengan nilai wang dan urusan membeli barangan. Contohnya, apabila mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mendapatkan barangan yang mereka inginkan, mereka bersama-sama berbincang untuk mencari jalan penyelesaian. Mungkin mereka akan mengambil keputusan untuk membeli barangan yang lebih murah harganya atau pun melakukan tawar-menawar dengan pihak penjual.
(c) Kanak-kanak belajar menjadi pemimpin dan pengikut.
Dalam permainan ini, kumpulan kanak-kanak ini dengan sendiri mereka melantik ketua bagi kumpulan mereka. Apabila permainan berlangsung, masing-masing menjalankan peranan masing-masing dengan memainkan watak sebagai penjual dan pembeli.
(d) Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur.
Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur apabila melakukan urusan jual beli dengan ahli kumpulan mereka. Perkara ini berlaku apabila mereka perlu berkongsi wang yang diperolehi untuk mendapatkan sesuatu barangan yang hendak dibeli. Oleh itu, setiap kanak-kanak perlu bertolak ansur untuk mengeluarkan wang masing-masing untuk mendapatkan barangan yang telah dipersetujui.
(e) Kanak-kanak belajar untuk berjimat cermat dan nasihat menasihati.
Dalam permainan ini, kanak-kanak akan belajar berjimat cermat menggunakan wang yang ada tanpa sebarang pembaziran berlaku. Kanak-kanak akan menggunakan wang yang diperolehi dengan sebaik-baiknya. Setiap ahli kumpulan akan memberi nasihat dan mengingatkan rakan-rakan sekumpulannya untuk berjimat cermat dalam penggunaan wang.
Dari segi perkembangan kognitif kanak-kanak pula, Piaget pernah menyatakan bahawa bermain memberi kesan ke atas perkembangan kognitif kanak-kanak. Ia terbukti mempunyai perkaitan dengan proses pembinaan pengetahuan melalui interaksi dan persekitarannya. Kegunaan permainan ini dari segi perkembangan kognitif kanak-kanak adalah;
(a) Membantu kanak-kanak dalam perkembangan intelek.
Secara tidak langsung permainan ini membantu kanak-kanak dalam perkembangan inteleknya seperti memahami konsep awal matematik dan belajar memerhati situasi yang berlaku di sekelilingnya. Konsep awal matematik yang digunakan dalam permainan ini adalah seperti konsep seriasi, konsep nombor, operasi nombor, konsep wang dan penyelesaian masalah.
2.2 Penilaian dan Rekod tentang Emosi Kanak-kanak Semasa Bermain Permainan ‘Pergi Ke Pasar’
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, emosi setiap murid perlu direkod untuk menguji keberkesanan permainan ini terhadap perkembangan emosi kanak-kanak. Penilaian ini juga dilakukan adalah untuk;
· Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh,
· Melihat perubahan pada perkembangan setiap murid,
· Membuat perancangan aktiviti yang berikutnya,
· Meneliti keberkesanan aktiviti dan strategi yang digunakan semasa pengajaran dan pembelajaran,
· Menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku dalam kalangan murid atau masalah-masalah lain yang berkaitan dengan pembelajaran,
· Memberi laporan yang tepat kepada ibu bapa tentang perkembangan anak-anak mereka,
· Menghargai hasil kerja murid, dan
· Membuat tindakan susulan serta merta.
Penilaian yang dibuat telah direkodkan dalam borang rekod skala kadar. Satu salinan dibuat untuk diserahkan kepada guru Prasekolah Bestari untuk tindakan selanjutnya.
2.2.1 Rekod Skala Kadar
Penilaian telah dibuat dengan menggunakan rekod skala kadar untuk melihat keberkesanan permainan ini terhadap perkembangan emosi kanak-kanak. Rekod skala kadar secara umumnya digunakan untuk merekod tingkahlaku murid-murid yang diperhatikan serta tahap pencapaian mereka. Penilaian terhadap kemahiran atau amalan dibuat berdasarkan skala tertentu. Skala yang digunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred. Contohnya:
· A – Cemerlang
· B – Baik
· C – Sederhana
· D – Perlu bimbingan
Guru perlu menentukan perkara-perkara berikut dalam merancang skala kadar iaitu tajuk, kemahiran yang hendak dinilai atau petunjuk tingkah laku dan aktiviti yang dinyatakan dengan jelas. Borang skala kadar ini boleh digunakan bagi menilai murid secara individu, kumpulan atau kelas. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapat maklumat yang tepat.
Contoh borang rekod skala kadar adalah seperti di muka surat seterusnya dan diikuti dengan rekod yang telah dibuat semasa permainan dijalankan ketika dalam pengajaran pada 4 September lalu.
WEDNESDAY, APRIL 15, 2009
Pertunjukan Kreatif Kanak-kanak
2.0 Laporan Pertunjukan Kreatif Kanak-kanak
2.1 Perancangan Program
Semasa kami diberikan taklimat oleh pensyarah pembimbing bagi mata pelajaran Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak bahawa kerja Kursus Berasaskan Ilmu kami adalah dikehendaki membuat persembahan pergerakan kreatif. Kami telah menubuhkan ahli jawatankuasa bagi melaksanakan pertunjukan pergerakan kreatif kami ini sebelum tindakan yang lebih lanjut dilakukan. Kami telah bersetuju untuk bekerjasama di antara kelas kami iaitu kelas PISMP 3C dan juga kelas PISMP 3B. Mesyuarat di antara kelas diadakan untuk melantik setiap ahli jawatankuasa yang akan menjalankan tugas untuk memantau serta dapat menguruskan semua tugasan dengan cepat dan mengikut masa yang ditetapkan.
Semasa mesyuarat diadakan, kami telah melantik Syahid sebagai Pengerusi Program dan Zulhilmi sebagai Naib Pengerusi Program. Manakala ahli jawatankuasa yang lain telah dilantik dan setiap pelajar dari kelas PISMP 3B dan PISMP 3C terlibat dalam ahli jawatankuasa yang dibentuk. Hal ini kerana kami akan bersama-sama bekerjasama untuk melaksanakan tugasan ini dengan sebaiknya tanpa ada di antara kami yang tidak menerima sebarang jawatan ataupun tugasan.
Setelah semua ahli jawatankuasa dilantik, maka kami mula diarahkan untuk menjalankan tugasan masing-masing serta mengikut arahan yang diberikan oleh pengerusi kami. Walaupun tugasan yang kami terima agak sukar, tapi kami telah bekerjasama dengan baik untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Sehubungan dengan itu kami sentiasa mengadakan mesyuarat untuk memastikan segala kerja dan persiapan berjalan dengan lancar dan mengikut kesesuaian pertunjukan pergerakan kreatif yang akan kami laksanakan.
Setiap ahli jawatankuasa yang dilantik seperti jawatankuasa alatan, siaraya, dokumentasi, buku program serta lain-lain mestilah memastikan bahawa segala keperluan yang diperlukan untuk pertunjukan pergerakan kreatif tersebut dapat disediakan dengan awal bagi mengelakkan masalah-masalah lain yang berlaku.
Apabila segala perancangan serta keperluan untuk mengadakan pertunjukan pergerakan kreatif tersebut berjalan dengan lancar maka kami semua haruslah memikirkan perancangan tentang tajuk pergerakan kreatif kami yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan PISMP 3B dan PISMP 3C. Bagi kumpulan PISMP 3C kami telah memilih tema pergerakan kreatif kami iaitu “Aiman dan Rama-rama Ajaib”. Sebelum pementasan pergerakan kreatif tersebut dilasanakan, kami telah bersama-sama memilih watak yang sesuai mengikut karakter yang telah ditetapkan. Setiap ahli kelas kami memegang watak yang dirasakan sesuai dan tiada yang terkecuali. Setelah watak diberikan maka kami telah mula berlatih untuk menghayati skrip dan cuba membuat pergerakan kreatif yang dirasakan sesuai untuk persembahan kami.
Kami juga haruslah menyediakan “costume” yang dirasakan sesuai dengan watak yang kami bawakan. Selain itu, kami juga haruslah mencipta sendiri “backdrop” yang dirasakan sesuai dengan menggunakan kreativiti dari setiap ahli kumpulan kami. Kesemua alatan yang disediakan kami gunakan dengan sebaiknya untuk melihat hasil yang memuaskan agar persembahan kami nanti dapat menarik minat kesemua yang menonton terutamanya pensyarah pembimbing kami yang menilai persembahan kami serta murid-murid prasekolah yang hadir.
2.2 Pelaksanaan Program
Pertunjukan pergerakan kreatif berjalan dengan lancar bermula dari jam 7.00 pagi di mana semua peserta mula bersiap sedia dengan bersolek dan memakai pakaian masing-masing. Peserta yang juga memainkan peranan sebagai krew muzik dan lampu juga membuat persediaan agar pertunjukan akan berjalan dengan baik.
Sekitar jam 8.30 pagi, para penonton mula membanjiri Dewan Hamzah Fansuri terutamanya jemputan khas kami iaitu murid-murid Prasekolah IPGM Kampus Bahasa Melayu dan murid-murid Prasekolah SK Seafield serta para pensyarah dan pelajar-pelajar IPGM Kampus Bahasa Melayu.
Pada jam 9.00 pagi, pengerusi majlis memulakan majlis dengan kata-kata aluan dan bacaan doa. Selesai sahaja bacaan doa daripada Saudara Hafis Hafifi, pengerusi majlis memperkenalkan pertunjukan pergerakan kreatif yang diadakan serta membacakan sinopsis pertunjukan kami iaitu “Aiman dan Rama-rama Ajaib”. Berikut adalah senarai pelakon beserta watak yang dimainkan;
Aiman : Md Azri bin Sidik
Kuman : Muhammad Kamarul Ariffin bin Lokman
Kumin : Muhammad Aminnillah bin Mustapha
Mak Minah @ Mak : Syaza Yasmin binti Ismail
Pak Badol @ Ayah : Muhamad Raimi bin Yusof
Pokok : Mumtazah binti Johar
Bunga : Nor Hafizah binti Ali
Cendawan : Suhainita binti Md Zain
Arnab : Nor Rohaizah binti Ahmad
Monyet : Mohamad Fareez bin Mazlan
Penjaga hutan @ nenek : Noor Izzati binti Rohaimi
Rama-rama Ajaib : Hasnurfarisha binti Hassan
Puteri Pura Cendana : Fatin Adila binti Jamil
Raja Pura Cendana : Huzaini bin Amir
Dayang : Arina binti Abd Ghani
Hulubalang 1 : Nurzehan binti Zakaria
Hulubalang 2 : Nurhayati binti Mahdzir
Lebah @ Narrator : Mohd Zulhelmi bin Mat Rahim
“Aiman dan Rama-rama Ajaib” mengisahkan Aiman anak angkat kepada Mak Minah dan Pak Badol sentiasa bernasib malang kerana sering dimarahi dan dibenci oleh Mak Minah serta Kuman dan Kumin, adik-beradik angkatnya. Aiman sering ke hutan mencari kayu api. Aiman juga mempunyai rakan-rakan di hutan seperti pokok, bunga, cendawan, arnab dan monyet. Nasib Aiman berubah apabila pada suatu hari Aiman telah menyertai pertandingan untuk mengembalikan senyuman Puteri Pura Cendana yang bermuram durja sejak kematian bondanya. Setelah berjaya membuat Puteri Pura Cendana gembira dengan membawakan Rama-rama Ajaib, Aiman telah dikahwinkan dengan puteri Negeri Pura Cendana tersebut.
Setelah selesai persembahan “Aiman dan Rama-rama Ajaib”, sementara menunggu persembahan seterusnya, majlis diselangi dengan acara cabutan bertuah yang berlangsung selama lebih kurang 15 minit yang dikendalikan oleh Saudara Huzaini, Saudara Zulhelmi dan Saudari Hayati.
Selepas acara cabutan bertuah, pertunjukan kedua pula berlangsung. Pertunjukan ini bertajuk “Pengembaraan Sang Lebah yang Angkuh” yang dipersembahkan oleh pelajar PISMP 3B. “Pengembaraan Sang Lebah yang Angkuh” ini mengisahkan seekor lebah bersama rakan-rakannya berusaha mencari makanan untuk ratu kesayangan mereka. Lebah tersebut angkuh kerana tidak mahu mengikut kata-kata rakan-rakannya dan hanya berseorangan memasuki hutan untuk mencari makanan untuk ratu mereka. Di dalam perjalanannya itu, dia telah terperangkap dengan sarang labah-labah dan hampir dijadikan makanan oleh sang labah-labah. Dia sempat diselamatkan oleh rakan-rakannya tadi. Akhirnya mereka menjumpai makanan untuk ratu mereka dan ratu mereka sangat seronok.
Selesai sahaja persembahan tersebut, di akhir majlis diadakan acara penyampaian cenderamata kepada guru Prasekolah IPGM Kampus Bahasa Melayu, guru Prasekolah SK Seafield dan pensyarah penilai untuk pertunjukan kami ini. Setelah majlis tamat, sedikit jamuan diberikan kepada tetamu khas dan juga para peserta pertunjukan.
2.3 Penilaian Keberkesanan Program
Antara hujah yang pernah disebut oleh Emile Jaques Dalcroze mengenai pergerakan adalah “pergerakan merupakan salah satu cara untuk mengungkap perasaan melalui muzik”. Beliau juga memerhatikan bahawa walaupun kadang-kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Menerusi hujah yang telah ditulis oleh Dalcroze, kami dapat mengenalpasti bahawa apa yang telah dihujahkan itu sebagai perkara yang benar setelah kami selesai membuat pertunjukan pergerakan kreatif di Dewan Hamzah Fansuri, IPGM Kampus Bahasa Melayu.
Pelbagai respon yang telah kami terima selepas persembahan ini diadakan, antaranya adalah kanak-kanak yang hadir mula berasa gembira dan ingin melihat persembahan ini sekali lagi. Selain itu, kanak-kanak juga mula berminat untuk mengetahui jalan cerita dan pergerakan kreatif yang seterusnya apabila mereka melihat watak-watak seperti Bunga, Cendawan, Pokok, Arnab dan Monyet bersama-sama menyanyi lagu ‘We Get Together’ sambil menari mengikut irama muzik. Mereka turut ketawa dan mula berkomunikasi bersama rakan dan guru mereka dengan memberitahu bahawa mereka menyukai watak yang terlibat seperti Arnab dan Bunga.
Melalui pertunjukan pergerakan kreatif yang dipersembahkan oleh kumpulan kami, kami dapat mengenalpasti bahawa kanak-kanak akan mula memberi tindak balas positif apabila mereka mendengar muzik dan melihat pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan di hadapan mereka. Apabila watak seperti nenek kebayan atau penjaga hutan sedang keluar secara misteri dan kemudiannya menari ketika muzik dimainkan, kanak-kanak mula menunjukkan respon dengan ketawa lalu menari dan menepuk tangan bersama-sama ketika menjadi penonton. Mereka mula merasai keseronokan ketika nenek kebayan menari mengikut rentak muzik yang rancak.
Ketika Dayang dan Hulubalang Istana mula menari bersama-sama, kanak-kanak mula kembali memberikan perhatian dan mereka turut berasa sedih apabila Puteri Pura Cendana menyanyi dan menari mengikut irama yang perlahan menerusi lagu ’Kasih Ibu’. Melalui apa yang dilihat di dalam persembahan ini, ia jelas menunjukkan bahawa setiap emosi yang dipamerkan menerusi pergerakan akan membantu kanak-kanak dalam mengekspresikan perasaan mereka. Mereka mula mengetahui mengenai emosi yang wujud dalam diri mereka seperti perasaan gembira, marah, keliru dan sedih.
Diharap melalui pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan oleh kami ini dapat memberi perangsang kepada kanak-kanak dalam melahirkan dan mengekspresikan emosi mereka kerana melalui emosi yang lahir dari dalam diri kanak-kanak tersebut akan memudahkan guru-guru prasekolah untuk mengenalpasti lalu membimbing setiap perlakuan kanak-kanak.
2.1 Perancangan Program
Semasa kami diberikan taklimat oleh pensyarah pembimbing bagi mata pelajaran Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak bahawa kerja Kursus Berasaskan Ilmu kami adalah dikehendaki membuat persembahan pergerakan kreatif. Kami telah menubuhkan ahli jawatankuasa bagi melaksanakan pertunjukan pergerakan kreatif kami ini sebelum tindakan yang lebih lanjut dilakukan. Kami telah bersetuju untuk bekerjasama di antara kelas kami iaitu kelas PISMP 3C dan juga kelas PISMP 3B. Mesyuarat di antara kelas diadakan untuk melantik setiap ahli jawatankuasa yang akan menjalankan tugas untuk memantau serta dapat menguruskan semua tugasan dengan cepat dan mengikut masa yang ditetapkan.
Semasa mesyuarat diadakan, kami telah melantik Syahid sebagai Pengerusi Program dan Zulhilmi sebagai Naib Pengerusi Program. Manakala ahli jawatankuasa yang lain telah dilantik dan setiap pelajar dari kelas PISMP 3B dan PISMP 3C terlibat dalam ahli jawatankuasa yang dibentuk. Hal ini kerana kami akan bersama-sama bekerjasama untuk melaksanakan tugasan ini dengan sebaiknya tanpa ada di antara kami yang tidak menerima sebarang jawatan ataupun tugasan.
Setelah semua ahli jawatankuasa dilantik, maka kami mula diarahkan untuk menjalankan tugasan masing-masing serta mengikut arahan yang diberikan oleh pengerusi kami. Walaupun tugasan yang kami terima agak sukar, tapi kami telah bekerjasama dengan baik untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Sehubungan dengan itu kami sentiasa mengadakan mesyuarat untuk memastikan segala kerja dan persiapan berjalan dengan lancar dan mengikut kesesuaian pertunjukan pergerakan kreatif yang akan kami laksanakan.
Setiap ahli jawatankuasa yang dilantik seperti jawatankuasa alatan, siaraya, dokumentasi, buku program serta lain-lain mestilah memastikan bahawa segala keperluan yang diperlukan untuk pertunjukan pergerakan kreatif tersebut dapat disediakan dengan awal bagi mengelakkan masalah-masalah lain yang berlaku.
Apabila segala perancangan serta keperluan untuk mengadakan pertunjukan pergerakan kreatif tersebut berjalan dengan lancar maka kami semua haruslah memikirkan perancangan tentang tajuk pergerakan kreatif kami yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan PISMP 3B dan PISMP 3C. Bagi kumpulan PISMP 3C kami telah memilih tema pergerakan kreatif kami iaitu “Aiman dan Rama-rama Ajaib”. Sebelum pementasan pergerakan kreatif tersebut dilasanakan, kami telah bersama-sama memilih watak yang sesuai mengikut karakter yang telah ditetapkan. Setiap ahli kelas kami memegang watak yang dirasakan sesuai dan tiada yang terkecuali. Setelah watak diberikan maka kami telah mula berlatih untuk menghayati skrip dan cuba membuat pergerakan kreatif yang dirasakan sesuai untuk persembahan kami.
Kami juga haruslah menyediakan “costume” yang dirasakan sesuai dengan watak yang kami bawakan. Selain itu, kami juga haruslah mencipta sendiri “backdrop” yang dirasakan sesuai dengan menggunakan kreativiti dari setiap ahli kumpulan kami. Kesemua alatan yang disediakan kami gunakan dengan sebaiknya untuk melihat hasil yang memuaskan agar persembahan kami nanti dapat menarik minat kesemua yang menonton terutamanya pensyarah pembimbing kami yang menilai persembahan kami serta murid-murid prasekolah yang hadir.
2.2 Pelaksanaan Program
Pertunjukan pergerakan kreatif berjalan dengan lancar bermula dari jam 7.00 pagi di mana semua peserta mula bersiap sedia dengan bersolek dan memakai pakaian masing-masing. Peserta yang juga memainkan peranan sebagai krew muzik dan lampu juga membuat persediaan agar pertunjukan akan berjalan dengan baik.
Sekitar jam 8.30 pagi, para penonton mula membanjiri Dewan Hamzah Fansuri terutamanya jemputan khas kami iaitu murid-murid Prasekolah IPGM Kampus Bahasa Melayu dan murid-murid Prasekolah SK Seafield serta para pensyarah dan pelajar-pelajar IPGM Kampus Bahasa Melayu.
Pada jam 9.00 pagi, pengerusi majlis memulakan majlis dengan kata-kata aluan dan bacaan doa. Selesai sahaja bacaan doa daripada Saudara Hafis Hafifi, pengerusi majlis memperkenalkan pertunjukan pergerakan kreatif yang diadakan serta membacakan sinopsis pertunjukan kami iaitu “Aiman dan Rama-rama Ajaib”. Berikut adalah senarai pelakon beserta watak yang dimainkan;
Aiman : Md Azri bin Sidik
Kuman : Muhammad Kamarul Ariffin bin Lokman
Kumin : Muhammad Aminnillah bin Mustapha
Mak Minah @ Mak : Syaza Yasmin binti Ismail
Pak Badol @ Ayah : Muhamad Raimi bin Yusof
Pokok : Mumtazah binti Johar
Bunga : Nor Hafizah binti Ali
Cendawan : Suhainita binti Md Zain
Arnab : Nor Rohaizah binti Ahmad
Monyet : Mohamad Fareez bin Mazlan
Penjaga hutan @ nenek : Noor Izzati binti Rohaimi
Rama-rama Ajaib : Hasnurfarisha binti Hassan
Puteri Pura Cendana : Fatin Adila binti Jamil
Raja Pura Cendana : Huzaini bin Amir
Dayang : Arina binti Abd Ghani
Hulubalang 1 : Nurzehan binti Zakaria
Hulubalang 2 : Nurhayati binti Mahdzir
Lebah @ Narrator : Mohd Zulhelmi bin Mat Rahim
“Aiman dan Rama-rama Ajaib” mengisahkan Aiman anak angkat kepada Mak Minah dan Pak Badol sentiasa bernasib malang kerana sering dimarahi dan dibenci oleh Mak Minah serta Kuman dan Kumin, adik-beradik angkatnya. Aiman sering ke hutan mencari kayu api. Aiman juga mempunyai rakan-rakan di hutan seperti pokok, bunga, cendawan, arnab dan monyet. Nasib Aiman berubah apabila pada suatu hari Aiman telah menyertai pertandingan untuk mengembalikan senyuman Puteri Pura Cendana yang bermuram durja sejak kematian bondanya. Setelah berjaya membuat Puteri Pura Cendana gembira dengan membawakan Rama-rama Ajaib, Aiman telah dikahwinkan dengan puteri Negeri Pura Cendana tersebut.
Setelah selesai persembahan “Aiman dan Rama-rama Ajaib”, sementara menunggu persembahan seterusnya, majlis diselangi dengan acara cabutan bertuah yang berlangsung selama lebih kurang 15 minit yang dikendalikan oleh Saudara Huzaini, Saudara Zulhelmi dan Saudari Hayati.
Selepas acara cabutan bertuah, pertunjukan kedua pula berlangsung. Pertunjukan ini bertajuk “Pengembaraan Sang Lebah yang Angkuh” yang dipersembahkan oleh pelajar PISMP 3B. “Pengembaraan Sang Lebah yang Angkuh” ini mengisahkan seekor lebah bersama rakan-rakannya berusaha mencari makanan untuk ratu kesayangan mereka. Lebah tersebut angkuh kerana tidak mahu mengikut kata-kata rakan-rakannya dan hanya berseorangan memasuki hutan untuk mencari makanan untuk ratu mereka. Di dalam perjalanannya itu, dia telah terperangkap dengan sarang labah-labah dan hampir dijadikan makanan oleh sang labah-labah. Dia sempat diselamatkan oleh rakan-rakannya tadi. Akhirnya mereka menjumpai makanan untuk ratu mereka dan ratu mereka sangat seronok.
Selesai sahaja persembahan tersebut, di akhir majlis diadakan acara penyampaian cenderamata kepada guru Prasekolah IPGM Kampus Bahasa Melayu, guru Prasekolah SK Seafield dan pensyarah penilai untuk pertunjukan kami ini. Setelah majlis tamat, sedikit jamuan diberikan kepada tetamu khas dan juga para peserta pertunjukan.
2.3 Penilaian Keberkesanan Program
Antara hujah yang pernah disebut oleh Emile Jaques Dalcroze mengenai pergerakan adalah “pergerakan merupakan salah satu cara untuk mengungkap perasaan melalui muzik”. Beliau juga memerhatikan bahawa walaupun kadang-kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak. Menerusi hujah yang telah ditulis oleh Dalcroze, kami dapat mengenalpasti bahawa apa yang telah dihujahkan itu sebagai perkara yang benar setelah kami selesai membuat pertunjukan pergerakan kreatif di Dewan Hamzah Fansuri, IPGM Kampus Bahasa Melayu.
Pelbagai respon yang telah kami terima selepas persembahan ini diadakan, antaranya adalah kanak-kanak yang hadir mula berasa gembira dan ingin melihat persembahan ini sekali lagi. Selain itu, kanak-kanak juga mula berminat untuk mengetahui jalan cerita dan pergerakan kreatif yang seterusnya apabila mereka melihat watak-watak seperti Bunga, Cendawan, Pokok, Arnab dan Monyet bersama-sama menyanyi lagu ‘We Get Together’ sambil menari mengikut irama muzik. Mereka turut ketawa dan mula berkomunikasi bersama rakan dan guru mereka dengan memberitahu bahawa mereka menyukai watak yang terlibat seperti Arnab dan Bunga.
Melalui pertunjukan pergerakan kreatif yang dipersembahkan oleh kumpulan kami, kami dapat mengenalpasti bahawa kanak-kanak akan mula memberi tindak balas positif apabila mereka mendengar muzik dan melihat pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan di hadapan mereka. Apabila watak seperti nenek kebayan atau penjaga hutan sedang keluar secara misteri dan kemudiannya menari ketika muzik dimainkan, kanak-kanak mula menunjukkan respon dengan ketawa lalu menari dan menepuk tangan bersama-sama ketika menjadi penonton. Mereka mula merasai keseronokan ketika nenek kebayan menari mengikut rentak muzik yang rancak.
Ketika Dayang dan Hulubalang Istana mula menari bersama-sama, kanak-kanak mula kembali memberikan perhatian dan mereka turut berasa sedih apabila Puteri Pura Cendana menyanyi dan menari mengikut irama yang perlahan menerusi lagu ’Kasih Ibu’. Melalui apa yang dilihat di dalam persembahan ini, ia jelas menunjukkan bahawa setiap emosi yang dipamerkan menerusi pergerakan akan membantu kanak-kanak dalam mengekspresikan perasaan mereka. Mereka mula mengetahui mengenai emosi yang wujud dalam diri mereka seperti perasaan gembira, marah, keliru dan sedih.
Diharap melalui pergerakan kreatif yang telah dipersembahkan oleh kami ini dapat memberi perangsang kepada kanak-kanak dalam melahirkan dan mengekspresikan emosi mereka kerana melalui emosi yang lahir dari dalam diri kanak-kanak tersebut akan memudahkan guru-guru prasekolah untuk mengenalpasti lalu membimbing setiap perlakuan kanak-kanak.
LANGKAH-LANGKAH MENJAGA KESELAMATAN DI PRASEKOLAH
(i) Dapur
- Pastikan wayar dan peralatan elektrik tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak
- Simpan mancis dan pemetik api di tempat yang selamat
- Pasang penghadang keselamatan pada pintu dapur
- Lap semua tumpahan cecair dan kesan-kesan minyak pada lantai
(ii) Ruang belajar
- Susun perabot jauh dari tingkap
- Pilih perabot yang selamat seperti bucu tidak tajam, stabil dan tidak berkaca
(iii) Bilik air
- Pastikan lantai bilik air bersih dan tidak licin
- Tutup bekas takungan air atau kolah mandi
- Awasi kanak-kanak semasa berada di bilik air
(iv) Kawasan permainan
- Ketinggian alat-alat permainan tidak melebihi 2.8 meter
- Kedudukan alat-alat permainan mesti tidak kurang dari 4.2 meter di antara satu dengan yang lain
- Pastikan tiada benda tajam yang menonjol
- Permukaan di sekitar dan di bawah alat permainan perlu lembut dan tahan hentakan
- Pastikan semua alat-alat permainan berada dalam keadaan selamat untuk digunakan serta berfungsi dengan baik
TUESDAY, DECEMBER 16, 2008
PERBANDINGAN PERINGKAT KEMAHIRAN MEMBACA
Terdapat banyak perbezaan yang boleh dilihat dalam kedua-dua peringkat bacaan iaitu bacaan secara mekanis dan bacaan intensif. Jadual di atas menunjukkan perbezaan yang ketara di antara kedua-duanya. Jika kita lihat dari segi konsep, kedua-dua jenis bacaan mempunyai perbezaan di mana pembacaan secara mekanis menumpukan kepada bacaan untuk menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, intonasi dan irama yang betul manakala bacaaan secara intensif merujuk kepada bacaan bagi memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja bahan yang dibaca dengan tepat. Bacaan secara mekanis lebih kepada bacaan yang berbentuk bacaan permulaan manakala bacaan intensif merujuk kepada peringkat selepas asas pembacaan telah kukuh.
Perbezaan yang kedua yang wujud ialah dari segi tujuannya. Di dalam jadual menunjukkan bahawa tujuan utama bacaan mekanis adalah untuk membaca dengan cekap dan pantas manakala bacaan intensif adalah untuk membolehkan kanak-kanak mentafsir apa yang ditulis dengan mengkaji susunan ayat. Dalam hal ini kita lihat kemahiran yang terlibat berbeza antara satu sama lain dan tujuan kemahiran dibentuk juga mempunyai motif yang berlainan.
Perbezaan yang ketiga iaitu perbezaan dari segi peringkat kemahiran. Bacaan mekanis menunjukkan bahawa peringkat bacaan baginya adalah di peringkat yang rendah, peringkat asas atau peringkat permulaan manakala peringkat intensif merujuk kepada peringkat yang lebih mendalam lagi kerana lebih kepada menganalisis, mentafsir dan membuat rumusan ayat itu, sama ada berkaitan dengan apa yang diperkatakan dalam ayat tersebut. Hal ini sudah menunjukkan bahawa perbezaan yang wujud adalah disebabkan oleh tahap kemahiran bacaan di mana kemahiran mekanis lebih kepada tahap pertama manakala kemahiran intensif lebih kepada tahap yang kedua atau ketiga.
Keempat, perbezaan dari segi cara pembacaan. Pembacaan mentalis merujuk kepada pembacaan terang atau jelas mengikut irama dan yang selaras dengan penggunaan bahasa. Bagi pembacaan intensif pula pembacaan pula ia dilakukan secara senyap dan ditambah dengan analisis dan membuat rumusan.
Kelima, perbezaan yang wujud pada peringkat membaca ialah dari segi kefahaman ayat. Bagi pembacaan mentalis pembacaan hanya tertumpu kepada cara menyebut sahaja akan tetapi bagi pembacaan intensif memberikan kefahaman yang tinggi.
Keenam, perbezaan daripada bimbingan guru. Jika kita lihat dalam jadual di atas menunjukkan bahawa peringkat mentalis lebih memerlukan guru berbanding dengan peringkat intensif. Hal ini demikian kerana pada peringkat mentalis, guru haruslah melibatkan diri sepenuhnya dalam porses membaca kerana ia boleh membetulkan apa yang salah dan membetulkan apa yang betul supaya murid-murid tidak tersalah menyebut dan sebutan ini dibuat mengikut sebutan yang betul. Hal ini berbeza dengan peringkat intensif di mana pada peringkat ini kanak-kanak lebih kepada ‘semi-bimbingan’ di mana bimbingan guru kurang diberikan kerana peringkat ini merupakan peringkat permulaan membaca secara berdikari.
Kesimpulannya perbezaan yang ketara yang ditunjukkan di dalam jadual dari segi konsep, tujuan, cara membaca, tahap kefahaman adalah disebabkan oleh peringkat ataupun tahap yang diperlukan dan ianya merupakan satu latih tubi mengikut kesesuaian umur kanak-kanak.
BACAAN INTENSIF (MENDALAM)
Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu ia memberi tekanan kepada kajian-kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
Bacaan intensif melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahan bacaan. Biasanya, ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untuk mengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, telaah kata, diskusi umum dan sebagainya. Teks bacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan, iaitu yang dipilih secara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya. Dua perkara yang dilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaah bahasa. Dalam membaca telaah isi ini, membaca teliti, membaca pemahaman, membaca kritis dan membaca idea adalah ditekankan. Sementara dalam membaca telaah bahasa, aspek-aspek yang menyangkut bahasa ditegaskan.
Setelah murid-murid memperolehi asas yang kukuh dalam kemahiran membaca, mereka hendaklah dilatih untuk membaca dengan lebih mendalam dan meluas. Mereka bukan hanya setakat boleh membaca kuat, menyebut perkataan-perkataan dengan jelas dan tepat, menggunakan intonasi, gaya dan tekanan yang betul, tetapi mereka juga harus boleh memaham dengan baik apa sahaja yang dibaca. Untuk mencapai maksud ini latihan bacaan intensif boleh dilaksanakan.
Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Di samping itu, ia memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid.
Konsep
(a) Ia merupakan satu kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar di bawah pimpinan guru.
(b) Ia memberi asas untuk pengajar memberi penjelasan atau keterangan mengenai struktur yang sukar dan juga memberi asas untuk memperkembangkan perbendaharaan kata.
(c) Ia dikaitkan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya.
(d) Ia mengembangkan lagi usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan.
(e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap amat penting.
Tujuan
(a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik. Betul dari segi sebutan, intonasi, lancer dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik.
(b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan itu dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus.
(c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya.
(d) Menilai atau mengulas isi-isi yang diperolehi daripada bahan-bahan yang dibaca.
(e) Mengesan, memaham dan menikmati unsure-unsur estetik dalam bahasa.
(f) Mengenalpasti laras bahasa yang berbagai-bagai.
(g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya.
Aktiviti bacaan intensif
(a) Bahan-bahan bacaan intensif ini bolehlah dibincangkan bersama oleh pelajar-pelajar dalam kelas, kadang-kadang dianalisa dan seterusnya dijadikan asas untuk latihan-latihan menulis.
(b) Pelajar-pelajar patut dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku teks rujukan tatabahasa.
(c) Aktiviti dalam kelas hendaklah ditukar setiap hari. Hari pertama misalnya, mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan, hari kedua ‘latihan perkamusan’, hari ketiga ‘latihan meneka maksud mengikut konteks’, hari keempat ‘membaca dengan laju’ dan sebagainya.
(d) Soalan-soalan untuk bahan Bacaan Intensif boleh dipelbagaikan iaitu bentuk objektif, bentuk salah betul, bentuk lisan ataupun bentuk jawapan bertulis.
(e) Segala kajian harus dibuat secara mendalam.
BACAAN MENTALIS / AKALIAH (KEFAHAMAN)
Membaca senyap atau membaca dalam hati (silent reading) ialah kegiatan membaca yang melibatkan ingatan visual (visual memory) dan pengaktifan mata dan ingatan. Tujuan utama membaca jenis ini adalah untuk memperoleh informasi dan pemahaman. Membaca mentalis ialah kunci bagi segala ilmu pengetahuan. Membaca mentalis merupakan aktiviti membaca yang dapat menguasai sebahagian besar hidup kita. Dibandingkan dengan membaca nyaring, dapat dilakukan di mana-mana sahaja. Ketika kegiatan membaca dilakukan, orang lain tidak terganggu.
Dalam kehidupan yang sebenar, setiap anggota masyarakat membaca bahan-bahan yang sesuai dengan selera dan pilihan masing-masing. Ini dilakukan tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Membaca secara perseorangan menuntut selera masing-masing dan ini disebut sebagai personalized reading. Pengajaran membaca seperti ini merupakan satu falsafah pengajaran yang melibatkan satu pendekatan terhadap organisasi kelas. Berdasarkan konsep bahawa setiap kanak-kanak harus mencari, memilih, melangkah dan maju sendiri, program membaca perseorangan adalah satu strategi yang amat menarik. Hal ini dipercayai dapat memenuhi keperluan individu tersebut secara berkesan.
Biasanya, membaca dalam hati atau membaca senyap ini melibatkan dua jenis bacaan, iaitu membaca intensif dan membaca ekstensif. Kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Oleh itu, bacaan mentalis ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan suara. Kelajuan bacaan mentalis lebih pantas daripada bacaan mekanis kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan mekanis seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya tidak diperlukan dalam bacaan mentalis. Bacaan mentalis ini dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan bacaan mekanis.
Tujuan
(a) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri.
(b) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang dibacanya,
(c) Untuk melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas.
(d) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan.
(e) Dapat menggunakan kemahiran membaca mentalis untuk hiburan.
Aktiviti bacaan mentalis
(a) Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman.
(b) Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkat-peringkat daripada bahan-bahan yang sedikit dan senang kepada bahan-bahan yang banyak dan susah.
(c) Guru memberi dan menentukan bahan bacaan. Semasa pelajaran dijalankan guru membantu dan memandu murid-murid yang lemah.
(d) Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkai kata yang susah.
BACAAN MEKANIS (BERSUARA)
Membaca bersuara sering juga memakai nama-nama yang berbeza seperti membaca mekanis, membaca oral, membaca ulat dan membaca nyaring. Walau apapun nama yang digunakan, membaca mekanis ini merupakan satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Orang yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca. Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta pandangan mata yang jauh. Ia juga harus boleh mengelompokkan kata-kata dengan baik dan tepat agar jelas maknanya bagi para pendengar.
Membaca mekanis merupakan satu ketrampilan yang serba rumit dan kompleks. Ia menuntut pengertian terhadap aksara di atas halaman kertas dan memproduksi suara yang tepat dan bermakna. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, membaca mekanis yang digunakan lebih tertumpu kepada usaha menganalisis pengucapan daripada pemahaman. Membaca mekanis adalah satu teknik yang mampu memenuhi pelbagai ragam tujuan serta mengembangkan sejumlah ketrampilan serta minat. Oleh sebab itu, dalam mengajarkan ketrampilan ini, guru harus dapat memahamkan proses komunikasi dua arah. Lingkaran komunikasi belum sempurna sekiranya pendengar belum dapat memberi tanggapan secukupnya terhadap fikiran atau perasaan yang diekspresikan oleh pembaca.
Untuk membolehkan penguasaan membaca nyaring atau membaca secara mekanis ini, pembaca haruslah dapat terlebih dahulu menguasai ketrampilan persepsi yang melibatkan penglihatan dan daya tanggap yang membolehkannya mengenal, memahami kata-kata dengan cepat dan tepat. Aspek lain yang sama pentingnya ialah kemampuan mengelompokkan kata-kata dalam satu kesatuan fikiran serta membacanya dengan baik dan lancar. Untuk membantu pelajar menangkap serta memahami maksud pengarang secara berkesan, ia haruslah boleh melakukan perkara-perkara berikut;
(a) Menyoroti idea baru dengan menggunakan penekanan yang jelas,
(b) Menjelaskan perubahan dari satu idea kepada idea yang lain,
(c) Menerangkan kesatuan-kesatuan fikiran dalam satu kalimat dengan penyusunan kata yang tepat dan sempurna,
(d) Menghubungkan idea yang bertautan dengan cara menjaga suaranya sehingga akhir dan tercapai tujuannya,
(e) Menjelaskan klimaks dengan gaya dan daya ekspresi yang baik dan tepat.
Oleh itu, bacaan mekanis ialah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Bacaan bersuara biasanya dilaksanakan di kelas-kelas rendah atau pada peringkat kelas permulaan. Gunanya adalah untuk latihan teknik supaya kanak-kanak dapat menyembunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan sebutan, gaya, dan rentak irama yang sempurna.
Tujuan
Bacaan mekanis mempunyai beberapa tujuan;
(a) Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas.
(b) Membolehkan murid-murid membaca dengan irama membaca yang betul.
(c) Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa seperti tatabahasa, kosa kata dan juga apabila menggunakan kamus.
(d) Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat-tempat berhenti yang betul.
(e) Dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam mata-mata pelajaran yang lain.
(f) Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan membaca bersuara.
(g) Dapat mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai.
(h) Menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan.
(i) Dapat mengulas isi yang terdapat dalam bahan bacaan.
Aktiviti bacaan mekanis
Antara cadangan aktiviti bacaan mekanis;
(a) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan kebolehan dan umur murid-murid.
(b) Bersoal jawab dan membantu murid-murid dengan perkataan-perkataan dan rangkai kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan-perkataan itu.
(c) Guru membaca sebagai contoh dan murid-murid menyemak bacaan guru.
(d) Guru membaca dan murid-murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau kumpulan.
(e) Guru memandu murid-murid membaca secara individu bergilir-gilir.
(f) Guru berbincang dan bersoal jawab dengan murid-murid mengenai isu bacaan untuk menguji kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan secara lisan dan bertulis.
KEMAHIRAN MEMBACA
Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang.
Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran.
Kebolehan membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran kejayaan pelajar-pelajar di sekolah. Ini kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas bagi mencapai semua kejayaan dalam semua bidang, terutama dalam bidang pendidikan. Kemahiran membaca ditekankan pada peringkat awal lagi bersama kemahiran lain seperti mengira dan menulis. Kebolehan membaca bukan sahaja dianggap sebagai asas utama bagi mencapai kejayaan dalam bidang ekonomi dan sosial, malah sistem persekolahan itu sendiri menganggapnya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Takrif membaca
Ada banyak huraian berkaitan takrif membaca. Membaca dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis (Harris dan Sipay, 1980). Proses membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang itu mengecam bentuk visual dan menghubungkan bentuk itu dengan bunyi ataupun makna yang diketahui melalui pengalaman dan akhirnya berupaya mentafsirkan maksudnya.
Bagi Smith dan Johnson (1980) pula, membaca berteraskan keinginan mewujudkan interaksi antara penyampaian idea penulis denga tanggapan yang dibuat oleh pembaca. Di samping itu, Goodman (1973) pula menyatakan membaca adalah proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah terbentuknya makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan. Ini menunjukkan melalui proses itu wujud interaksi antara bahasa dengan pemikiran kerana hubungan hubungan antara bahasa dengan pemikiran sememangnya berlaku dalam dimensi yang lebih luas. Kita menggunakan bahasa bagi melahirkan pemikiran yang wujud dalam minda.
Jenis peringkat membaca
Terdapat empat jenis peringkat membaca iaitu;
- Bacaan mekanis (bersuara)
- Bacaan mentalis / akaliah (kefahaman)
- Bacaan intensif (mendalam)
- Bacaan ekstensif (meluas)
Kesan Gizi yang Tidak Seimbang
Gizi yang tidak seimbang boleh menyebab pelbagai masalah kesihatan. Seseorang yang mengambil gizi yang tidak seimbang untuk suatu tempoh yang lama akan mengalami malnutrisi. Malnutrisi ditakrifkan sebagai kekurangan nutrien tertentu dalam makanan. Malnutrisi menyebabkan pelbagai penyakit seperti anemia, kwasyiorkor, skurvi, dan riket.
Di Afrika Timur, malnutrisi disebabkan oleh makanan asas yang terdiri daripada ubi, jagung, dan pisang. Lebih daripada separuh kematian bayi (antara umur 1 – 4 tahun) di negara kurang maju disebabkan oleh penyakit kwasyiorkor. Penyakit ini berpunca daripada kekurangan protein. Pesakit kwasyiorkor mempunyai gejala seperti perut buncit, pertumbuhan badan dan otak yang terencat, kehilangan selera makan, badan lemah, dan mungkin membawa maut.
Selain itu, kekurangan vitamin dan garam mineral juga menimbulkan pelbagai kesan dan penyakit. Sebagai contoh, kekurangan vitamin C dalam gizi boleh menyebabkan penyakit skurvi. Seseorang yang menghidap penyakit skurvi biasanya lemah dan sentiasa mengalami sesak nafas. Gusinya membengkak dan mudah berdarah.
Pengambilan garam yang berlebihan dalam pemakanan boleh menyebabkan ginjal gagal berfungsi. Ini menyebabkan tekanan darah tinggi yang merupakan faktor utama untuk serangan sakit jantung dan strok.
Makan terlalu banyak boleh menyebabkan pertambahan berat badan, iaitu kegendutan. Seseorang dikatakan mengalami kegendutan apabila berat badannya adalah 20% melebihi berat badan yang berpatutan dengan ketinggiannya. Kegendutan sering dikaitkan dengan pelbagai penyakit lain seperti darah tinggi, diabetis melitus, dan kanser kolon.
Penyakit diabetis melitus, atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing manis, dialami apabila aras glukosa yang berlebihan daripada julat normal terdapat dalam darah. Keadaan ini boleh berlaku disebabkan badan kekurangan hormon insulin yang diperlukan untuk menukarkan glukosa berlebihan kepada glikogen di hati.
Osteoporosis ialah keadaan apabila berlakunya pengurangan jisim tulang akibat pengambilan kalsium yang tidak mencukupi dalam gizi. Kekurangan kalsium ini menyebabkan tulang menjadi semakin nipis dan rapuh serta mudah patah terutamanya di bahagian pergelangan tangan, pinggul dan tulang belakang. Jika seseorang memakan makanan yang kaya dengan lemak secara berlebihan, terutama daripada jenis lemak tepu seperti lemak haiwan, tahap kolesterol dalam darahnya akan meningkat. Kolesterol yang berlebihan akan terenap pada dinding arteri dan menyempitkan salur darah. Akibatnya, jantung terpaksa mengepam darah dengan lebih kuat dan akhirnya membawa kepada sakit jantung dan strok. Kajian juga menunjukkan gizi yang mengandungi lemak haiwan yang banyak dan serabut yang sedikit boleh menyebabkan penyakit kanser.
Gizi Seimbang
Pengambilan makanan yang mencukupi tidak dapat menjamin kesihatan seseorang. Kesihatan yang baik dapat dicapai melalui pengambilan nutrisi yang sesuai di samping bersenam dan berehat. Nutrisi yang baik melibatkan pengambilan gizi yang seimbang, berkhasiat, dan mengikut keperluan individu tertentu.
Gizi seimbang merupakan gizi yang mengandungi karbohidrat, lipid, protein, vitamin, garam mineral, air dan serabut dalam nisbah yang betul untuk memenuhi keperluan badan. Gizi seimbang mesti mengandungi karbohidrat dan lipid yang mencukupi untuk membekalkan tenaga. Protein diperlukan untuk membina tisu baru dan menggantikan sel yang telah rosak atau mati. Vitamin dan garam mineral pula diperlukan untuk pemeliharaan kesihatan badan. Serabut diperlukan untuk merangsang tindakan peristalsis manakala air pula diperlukan sebagai medium tindak balas biokimia dalam badan.
Tidak ada satu makanan pun yang dapat membekalkan semua nutrien makanan yang diperlukan untuk mengekalkan badan yang sihat. Oleh itu, setiap individu perlu makan pelbagai jenis makanan dalam kuantiti yang tertentu untuk memperoleh gizi yang seimbang.
Tenaga diperoleh daripada karbohidrat, lipid dan protein. Setiap individu memerlukan tenaga yang mencukupi untuk memastikan semua proses dalam badan seperti pengaliran darah, denyutan jantung, dan pernafasan berjalan dengan lancar dan berterusan. Tenaga juga diperlukan untuk mengekalkan suhu badan pada 37°C di samping melakukan pelbagai aktiviti.
Makanan dan Amalan Pemakanan
Makanan ialah bahan yang menarik rasanya dan pada masa yang sama boleh menghilangkan rasa kelaparan. Menurut pakar pemakanan, makanan ialah bahan-bahan pepejal atau cecair yang apabila dimakan boleh menyebabkan pertumbuhan badan, membekalkan tenaga dan mengawal proses perjalanan badan dengan perkataan lain ianya mengawal kehidupan.
Pemakanan adalah sains nilai makan termasuk berbagai-bagai kumpulan makanan, makanan berzat dan perseimbangan makanan. Ia juga boleh didefinisikan sebagai pengkajian untuk semua proses pertumbuhan, pengekalan dan membaiki kehidupan badan yang bergantung kepada penghadaman makanan, dan pengkajian tentang makanan tersebut.
Makanan berfungsi untuk membekalkan tenaga kepada manusia untuk terus hidup. Makanan yang dimakan setiap hari membekalkan zat-zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan kanak-kanak. Amalan pemakanan yang sihat penting untuk kanak-kanak agar dapat membekalkan tenaga dan nutrien penting yang diperlukan untuk tumbesaran, perkembangan dan untuk aktiviti sehariannya.
Terdapat pelbagai jenis makanan untuk tubuh badan yang sihat dan cergas seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral dan gentian. Enam makanan berzat atau nutrien diperlukan untuk pertumbuhan, membaiki dan mengawal badan. Perseimbangan makanan berzat mengandungi beberapa pilihan makanan dari setiap keempat-empat kumpulan makanan. Ia adalah;
- Roti, bijirin, nasi, dan kumpulan pasta,
- Sayur dan kumpulan buah-buahan,
- Susu, dadih, dan kumpulan keju. Daging, ayam, ikan, telur, kacang kering, dan kumpulan kacang.
- Lemak, minyak, dan manisan.
Set Induksi
Tema: Anggota Badan
Subtema: Muka Saya
Objektif: Di akhir pembelajaran, murid-murid akan mengetahui nama anggota badan (muka) dengan betul.
Hasil Pembelajaran: 3.1.1 Menyebut anggota badan
Nilai: Kebersihan, mematuhi arahan
Penggabungjalinan: Kemahiran fizikal, Bahasa dan komunikasi
Pengetahuan Sedia Ada: Lagu Bangun Pagi
Bahan Bantu Mengajar: Radio
Langkah / Masa
|
Isi Pembelajaran
|
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
|
Set Induksi
(3 minit)
|
Permainan Salim Kata:
Salim kata pegang hidung,
Salim kata pegang pipi,
Salim kata tarik telinga,
Salim kata tutup mata,
Salim kata tepuk dahi,
Salim kata tunjuk lidah...
|
Langkah:
1. Guru menepuk tangan tiga kali.
2. Guru memulakan permainan Salim Kata.
3. Murid-murid mengikut arahan guru dengan menyentuh anggota muka yang disebutkan.
4. Guru meminta murid yang sukarela menggantikannya memberikan arahan untuk permainan Salim Kata.
|
Induction Set
Theme: Part of Body
Subtheme: My Face
Objective: The student know the part of their body
Learning outcome: 3.1.1 Name part of the body
Value: Cleanliness, obey the instructions
Integration: Physical skills, language and communication
Experience: ‘Lagu Bangun Pagi’
Learning aids: Radio
Time Management
|
Learning Contents
|
Learning Activities
|
Induction Set
(3 minutes)
|
Simon Says Game:
Simon says touch your nose,
Simon says touch your cheeks,
Simon says touch your ears,
Simon says close your eyes,
Simon says touch your forehead,
Simon says show your tongue…
|
Steps:
1. Teacher claps her hands three times.
2. Teacher herself does the Simon Says Game first.
3. The children follow teacher instruction by touching the part of their face.
4. Teacher asks the volunteer to replace her giving the instructions for the Simon Says.
|
Konsep pendidikan awal kanak-kanak di dalam dan di luar Negara.
Pendidikan awal kanak-kanak merupakan pendidikan peringkat awal usia kanak-kanak. Pelbagai perkataan atau frasa digunakan untuk merujuk kanak-kanak dan hubungannya dengan pendidikan dan penjagaannya.
Peringkat awal kanak-kanak ialah satu jangka masa yang amat penting dalam proses pembesaran semua kanak-kanak. Pada peringkat inilah kanak-kanak mula melangkah dari alam keluarga ke dunia sosial. Kanak-kanak juga telah memantapkan diri mereka dengan agak mudah dan berjaya sebagai ahli dalam kumpulan rakan sebaya mereka. Pada masa ini juga mereka berdepan dengan cabaran yang mana bagi kebanyakan kanak-kanak tidak serupa dengan apa yang mereka temui sebelum ini.
Kostelnik dan rakan-rakan 1993:
· ‘Early childhood’ meliputi kanak-kanak sejak daripada lahir hingga 8 tahun iaitu kanak-kanak di taman asuhan atau taman didikan, prasekolah dan sekolah rendah.
· Program tersebut dikendalikan oleh pelbagai institut di tempat berbeza
· Kini kebanyakan kanak-kanak terlibat dengan PAKK kerana kesedaran ibu bapa tentang kepentingan pendidikan dan peningkatan jumlah ibu bekerja.
Istilah prasekolah atau tadika digunakan dengan meluas di Malaysia bagi merujuk PAKK.
SEKOLAH BESTARI
Sejak mencapai kemerdekaan, negara kita telah mengalami perubahan yang pesat dalam sistem pendidikannya. Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar - dasar pendidikan negara sentiasa dikaji dan kurikulum diperkemaskan bagi memastikan keberkesanan perlaksanaannya dalam menghadapi alaf baru yang timbul dalam bidang ekonomi, politik dan sosial selaras dengan perkembangan pesat yang sedang berlaku dalam negara.
Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat dicapai melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi.
Di samping itu, falsafah pendidikan negara berhasrat utnuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini kerajaan telah mewujudkan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini bagi memperbaiki sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja mahir bagi menghadapi cabaran alaf baru.
Pengubahsusian sistem pendidikan memerlukan perubahan dari segi amalan dan budaya di sekolah rendah dan menengah. Sistem pendidikan masa kini perlu berubah dari pembelajaran yang hanya menekankan hafalan kepada pembelajaran merangsangkan pemikiran dan kreativiti, mengambil kira pelbagai kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar serta memastikan semua pelajar berpeluang untuk membina konsep kendiri. Di samping itu, ibubapa dan masyarakat perlu memainkan peranan yang aktif utnuk merealisasikan halatuju perubahan dalam sistem pendidikan negara.
Pengwujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia ( MSC ) Malaysia . Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari." Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akan datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan penjelmaan Sekolah Bestari sebagai satu daripada tujuh ' flagship application ' dalam projek Mega Koridor Raya Multimedia"( Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia ).
Pada tahun 1999, sembilan puluh buah sekolah perintis akan dijadikan nukleus bagi melaksanakan konsep, bahan pengajaran dan pembelajaran, kemahiran dan teknologi Sekolah Bestari. Dokumen dasar yang asal tentang Sekolah Bestari Malaysia ialah Smart Schools in Malaysia : A Quantum Leap, yang disediakan pada Januari 1997. Dokumen ini ialah asas bagi dokumen The Malaysian Smart School. A Conceptual Blueprint yang disediakan oleh Pasukan Petugas Bersama Industri Kementerian Pendidikan Malaysia . Konsep Sekolah Bestari yang terkandung dalam dokumen The Malaysian Smart School: A Conceptual Blueprint merupakan idea yang terus berkembang berterusan dan sentiasa terbuka kepada perubahan dan kemajuan dalam pedagogi dan teknologi maklumat. Oleh itu, dokumen ini lebih bersifat deskriptif daripada preskriptif.
Pasukan Petugas juga menyediakan dokumen The Malaysian Smart School Implementation Plan yang menyediakan pelaksanaan sekolah-sekolah di seluruh negara untuk menjadi Sekolah Bestari.Selain itu,projek Sekolah Bestari menghasilkan lima 'Concept Requests For Proposals' penyelesaian dalam bidang berikut.
- Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
- Sistem Penilaian
- Sistem Pengerusan Sekolah
- Infrastruktur Teknologi
- Integrasi Sistem
Kesemua ini telah dilancarkan serentak pada Julai 1997.
Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dari segi amalan pengajaran, pembelajaran, pengurusan sekolah untuk menyediakan pelajar bagi Zaman Maklumat. Sekolah Bestari berkembang dengan pembentukan staf yang profesional, sumber yang bertambah dan pentadbiran yang cekap. Ini membolehkan sekolah menyesuaikan diri dengan keadaan yang kian berubah.
Di Sekolah Bestari pembelajaran akan bercorak kearah kendiri mengikut kadar individu, kesinambungan dan reflektif. Ini akan berlaku dengan adanya pembekalan teknologi pelbagai media dan jaringan meliputi seluruh dunia.
Pembelajaran berubah daripada berpusatkan guru kepada yang berpusatkan pelajar. Kurikulum di Sekolah Bestari lebih fleksibel dan terbuka. Kurikulum di Sekolah Bestari dirancang supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, reflektif, holistik, global, terbuka berdasarkan matlamat. In menggalakkan pembelajaran holistik, membenarkan kanak - kanak maju mengikut tahap pencapaian masing - masing dan mengambil kira keupayaan, minat dan keperluan pelajar yang berbeza - beza. Kanak - kanak dididik dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, disemai dengan nilai murni dan digalakkan meningkatkan kefasihan berbahasa. Kurikulum Sekolah Bestari dibentuk untuk membentuk pelajar mencapai perkembangan yang seimbang.
Pelajar sebagai pembelajar aktif di Sekolah Bestari. Pembelajaran yang berpusatkan budaya berfikir dengan memanfaatkan sumber ilmu oleh teknologi serta menggunakannya secara menyeluruh dan bersepadu dalam berbagai situasi. Sekolah memupuk kemahiran penyelesaian masalah yang kreatif bagi menghadapi situasi baru. Pelajar bertindak dengan berani dalam membuat keputusan dan bertanggungjawab terhadap keputusan itu. Pelajar akan membuat pengembaraan maklumat mengelilingi dunia untuk mencari dan mengumpul data. Pelajar akan dapat mencapai sumber tempatan, kebangsaan dan global. Penjaringan melalui internet juga membolehkan interaksi antara pelajar dan guru - guru yang lain serta orang ramai di seluruh dunia.
Dunia pelajar akan diperluaskan melalui perhubungan, pendidikan dan sosial ini. Pembelajaran yang bermakna ini dapat memupuk dan mempertingkatkan segala potensi yang ada pada pelajar secara cekap, ekonomis dan berkesan dengan menggunakan daya fikir, pengetahuan, kemahiran dan teknologi pendidikan era ini dan cabaran masa hadapan memerlukan Sekolah Bestari sebagai wadah ke arah pencapaiannya. Penjaringan mempunyai kelebihan dari segi membolehkan pelajar yang tidak dapat menghadiri sekolah untuk membuat kerja sekolah dari rumah. Ini memberi makna baru kepada idea ketidakhadiran sekolah kerana pembelajaran masih dapat berlaku di luar sekolah. Oleh itu, pelajar perlu diajar strategi untuk menerajui maklumat dengan cekap dan selektif. Usaha berpasukan, kerjasama kumpulan, fleksibiliti, pandangan jauh dan ketrampilan menggunakan bahasa antarabangsa akan juga ditekankan.
Sekolah Bestari Malaysia akan mengambil juga konsep inovatif kelas melangkau maya. Sistem sekarang memberi ketegangan kepada pelajar yang lemah dan menghalang kemajuan pelajar pintar. Dalam Sekolah Bestari, teknologi akan memberi fleksibiliti untuk membasmi ketegangan dalam pendidikan. Pelajar yang lebih cerdas akan dapat menyiapkan semua kerja kursus dan penilaian lebih awal daripada tempoh normal. Pelajar yang kurang berupaya akan melalui program asas mengikut kadar pembelajarannya, serta diberi bantuan khas oleh guru. Ini dapat berlaku kerana penubuhan sistem pengeluaran item penilaian yang berpusatkan dari dalam talian.
Sistem penilaian fleksibel ini akan membenarkan pelajar dalam satu kelas fizikal untuk bekerja pada aras yang berlainan dalam matapelajaran yang sama, selain membenarkan pelajar terus ke aras yang lain dalam mata pelajaran yang berlainan pada bila - bila masa. Dengan cara ini, pelajar kurang cerdas, yang biasanya diabaikan akan diberi perhatian yang sewajarnya.
Guru berperanan sebagai pembimbing di sisi. Guru memberi sokongan psikologi dan galakan. Guru akan bertanggubngjawab menyediakan suasana yang menggalakkan pembelajaran ke arah kendiri yang kreatif dan berdikari. Guru akan mengenalpasti matlamat mendefinisikan halatuju bagi pelajarnya, memandu kemajuan pelajar ke arah mencapai matlamat tersebut dan membenarkan pelajar belajar mengikut kadar sendiri. Pelajar akan mendapat perhatian individu dari guru. Komputer akan mengambil alih rutin dan pemyampaian maklumat dan membebaskan guru daripada tugasan pentadbiran yang remeh supaya mereka dapat menumpukan perhatian terhadap aspek pendidikan yang bersifat kemanusiaan.
Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran akan digunakan di Sekolah Bestari. Antaranya ialah strategi inovatif yang berasaskan teknologi seperti perbincangan dengan rakan jauh, pembelajaran jarak jauh, penggunaan data sebagai sumber maklumat, memproses maklumat. memproses maklumat dan menghubungkan dapatan; merujuk ensiklopedia elektronik; belajar dari courseware elektronik dan komunikasi elektronik. Interaksi pelajar dan guru sama ada dalam kumpulan kecil atau individu masih menjadi sebahagian daripada kursus pengajaran dan pembelajaran.
Dengan menumpukan kepada perkembangan individu, guru digalakkan untuk membina kemahiran sosial pelajar dan juga untuk menerap moral dan etika yang baik serta nilai patriotisme. Penggunaan teknologi maklumat sebagai alat akan membolehkan penyimpanan data dan memudahkan pentadbir untuk mendapatkan semula data yang banyak. Ia memudahkan kerja memproses dan menyampaikan hasil yang berkaitan untuk pentadbir membuat keputusan. Ini akan membantu meningkatkan kecekapan, menghapuskan pertindihan dan secara radikal membaiki akses bagi semua yang berkenaan.
Dengan pengkomputeran dalam talian pengurusan sekolah, pentadbir akan dapat merancang, mengurus dan menggunakan sumber manusia dan fizikal dengan berkesan. penjaringan akan memudahkan penglibatan ibubapa dan masyarakat dalam rancangan sekolah dan menjadikan mereka rakan kongsi yang berkesan dalam pendidikan anak mereka. Dengan adanya pangkalan data, maklumat tentang pelajar dan guru lebih mudah didapati oleh pihak yang sah. Keperluan kebajikan pelajar dan guru lebih mudah diambil kira dengan pemantauan yang kerap. Pemantauan sistematik kemajuan pelajar akan mengingatkan sekolah tentang bila perlunya tindakan susulan bagi pelajar pintar dan yang kurang pintar. Penilaian berasaskan unsur dan rujukan kriteria tertentu untuk memberi gambaran holistik dan tepat tentang prestasi pelajar.
Ciri Sekolah Bestari yang paling ketara ialah suasana pengajaran dan pembelajaran yang dibina berdasarkan amalan terbaik dalam pendidikan rendah dan menengah daripada seluruh dunia. Ini melibatkan pemantapan kurikulum, pedagogi, penilaian dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sah.
Kurikulum Sekolah Bestari dirancang supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, reflektif, holistik, global, terbuka berdasarkan matlamat. Ia menggalakkan pembelajaran holistik, membenarkan kanak - kanak maju mengikut tahap pencapaian masing - masing dan mengambilkira keupayaan,. minat dan keperluan pelajar yang berbeza-beza. Kanak - kanak dididik dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, disemai denngan nilai murni dan digalakkan meningkatkan kefasihan berbahasa. Kurikulum Sekolah Bestari dibentuk untuk :
· Membantu pelajar mencapai perkembangan yang seimbang;
· Menyepadukan pengetahuan, kemahiran, nilai dan penggunaan bahasa yang betul;
· Menyatakan secara eksplisit hasil pembelajaran yang dikehendaki bagi tahap keupayaan yang berbeza; menawarkan pembelajaran multi disiplinari,bertema dan berterusan:
· Memupuk pengetahuan,kemahiran dan sikap yang sesuai untuk berjaya dalam Zaman Maklumat:
· Memupuk pengetahuan,kemahiran dan sikap yang sesuai untuk berjaya dalam Zaman Maklumat.
Pengajaran Sekolah Bestari berhasrat menjadikan pembelajaran lebih menarik,menggalakkan,merangsangkan dan bermakna melibatkan minda,semangat dan tubuh badan dalam proses pembelajarn:membina asas kemahiran untuk menyediakan kanak-kanak bagi menghadapi cabaran masa depan dan mengambil kira pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar.Pedagogi Sekolah Bestari bertujuan:
· Menggunakan pelbagai strategi pembelajarn yang sesuai bagi memastikan penguasaan ketrampilan asas dan meningkatkan perkembangan holistik;
· Mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran individu bagi meningkatkan prestasi;
· Mewujudkan suasana bilik darjah yang bersesuaian dengan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran.
Sistem penilaian Sekolah Bestari berbeza daripada sistem sedia ada untuk membantu merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.Ia berasaskan unsur dan rujukan kriteria tertentu untuk memberi gambaran holistik dan tepat tentang prestasi pelajar.Guru,pelajar dan ibubapa dapat mengakses butiran penilaian melalui komputer.Penilaian Sekolah Bestari adalah fleksibel dan mudah digunakan,di samping menjamin mutu maklumat penilaian dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan alat.Ia menjurus kepada pensijilan terbuka yang bukan sahaja menunjukkan pencapaian komulatif pelajar,tetapi juga untuk peningkatan berterusan sepanjang hayat.
Sekolah Bestari memerlukan bahan pengajaran dan pembelajaran konvensional dan elektronik yang sesuai dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berbagai-bagai.Bahan ini mengambil kira pelbagai keperluan dan kebolehan pelajar bagi meningkatkan keupayaan dan potensi mereka supaya lebih bertanggungjawab menguruskan pembelajaran sendiri.
Objektif utama pengurusan Sekolah Bestari ialah untuk mengurus sumber dan proses dengan cekap dan berkesan bagi menyokong fungsi pengajaran dan pembelajarn.Pihak pengurusan membantu mengagihkan sumber tenaga manusia yang mahir kepada aktiviti yang lebih bermakna,menjimatkan kos pada jangka panjang,meningkatkan mutu keputusan melalui akses yang lebih baik kepada maklumat dan mempercepatkan proses membuat keputusan.
Bagi mencapai objektif ini, pengurusan Sekolah Bestari memerlukan pentadbir profesional yang gigih dan berwibawa serta guru yang dapat menjelaskan matlamat sekolah,memimpin pengajaran di sekolah,memimpin pengajaran di sekolah,dan mampu mendapatkan sokongan padu daripada ibubapa dan masyarakat.Mereka perlu mempereratkan komunikasi terbuka dengan semua pihak,mengagihkan sumber secara adil dan bijak,mengesan prestasi sekolah berbanding dengan objektif kewangan dan bukan kewangan,serta menyediakan suasana persekolahan yang menyokong pembelajaran.
Mereka perlu juga mewujudkan dan mengekalkan staf yang bermotivasi dan berprestasi tinggi,menjamin keselamatan sekolah dan penghuni,serta menggunakan dan mengurus teknologi dengan sesuai,berkesan dan cekap.Bagi mencapai objektif Sekolah Bestari proses dalamannya perlu diselaraskan sebagai suatu sistem .Sistem yang sempurna membolehkan bekalan input yang sesuai menghasilkan output yang dikehendaki seperti kesediaan pelajar untuk melanjutkan pelajaran,atau penyertaan yang aktif dan produktif di kalangan tenaga kerja.Inisiatif Sekolah Bestari menawarkan peluang yang unggul untuk menilai semula sistem persekolahan sedia ada, mengenal pasti masalah dan mencari penyelesaian terbaik dengan bantuan teknologi.
Subscribe to:
Posts (Atom)