Saturday, August 28, 2010

Pemudahcaraan

KEMAHIRAN PEMUDAHCARA KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Pemudahcara ialah teknik yang digunakan oleh guru untuk membantu kanak-kanak mencapai matlamat pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan disusun. Guru sebagai fasilitator berfungsi untuk mendidik, membimbing, memujuk, mengukuh, memberikan bantuan dan menolong kanak-kanak mencapai matlamat pembelajaran yang dirancangkan melalui satu proses yang panjang.

Secara mudah konsep fasilitator merujuk kepada usaha-usaha guru untuk:

Ø Menjadikan senang (make easy ease)

Ø Menggalak (promote)

Ø Mempercepatkan (expedite)

Ø Memudah (simplify)

Ø Membantu (Assist)

Ø Menolong (help)

Ø Memajukan (advance)

Di antara kemahiran pemudahcaraan yang releven dengan murid-murid ialah:

Ø Penyoalan

Ø Pelayanan (Attending)

Ø Penstrukturan Kognitif

Ø Galak dan Saran (Prompting & Cue)

Ø Kongsi dan Bina (Sharing & Construction)

Ø Renungan Kembali (reflecting)

Ø Kepelbagaian rangsangan

Ø Pengukuhan

Fasilitator kadang-kadang bertindak bagai pelita yang menyinari keadaan persekitaran atau umpama payung yang melindungi benda lain atau pokok yang rimbun memberikan manfaat kepada keadaan persekitaran.

Sebagai fasilitator yang berkesan, elemen-elemen berikut akan dapat meningkatkan kualiti seorang fasilitator.

1. Sahsiah

Berkualiti dan memiliki ciri-ciri yang berkesan. Mempunyai kecerdasan emosi yang stabil dan harmoni.

  1. Profesion

Bersikap profesional semasa menjalankan tugas.

  1. Teknologi

Menggunakan teknologi yang bersistematik dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat pelbagai teknik pemudahcaraan yang boleh digunakan oleh guru mengikut gerakbalas murid. Oleh itu guru hendaklah menggunakan teknik yang sesuai dan tepat dengan keperluan murid berdasarkan sesuatu situasi.

KEPENTINGAN KEMAHIRAN TEKNIK PEMUDAHCARAAN KEPADA GURU

  1. Memotivasikan kanak-kanak supaya mempunyai dorongan yang kuat untuk belajar dan bercita-cita memperolehi pencapaian yang baik.
  2. Membantu kanak-kanak mencari penyelesaian yang dihadapi dalam pembelajaran.
  3. Membimbing kanak-kanak dalam menjalankan aktiviti bilik darjah dengan baik dan berkesan.
  4. Menolong kanak-kanak lemah/pandai dengan menyediakan pendidikan pemulihan dan pengayaan.
  5. Meneguhkan pembelajaran kanak-kanak dengan menggunakan ganjaran dan pujian.
  6. Menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang lebih mencabar.
  7. Menggunakan pelbagai strategi dan teknik pengajaran yang berkesan dan menyeronokkan bagi mencapai objektif pelajaran.
  8. Menyedarkan kanak-kanak untuk mencari dan menambah pengetahuan sendiri.
  9. Meneguhkan tingkahlaku positif.
  10. Menghindarkan tingkahlaku negatif secara terbuka, tidak terancam, tidak menghukum dan mesra.

TEKNIK-TEKNIK PEMUDAHCARAAN

  1. PENYOALAN

    • Bertujuan memperluaskan idea
    • Soalan jenis bercapah(konvergen) atau divergen (berfokus).
    • Memandu
    • Mengikut aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
    • Berfokus dari soalan umum ke khusus
    • Pembentukan soalan jelas dari segi aras, frasa dan ada kejelasan.
    • Mempunyai hentian untuk beri masa berfikir
    • Sebaran kepada semua kanak-kanak.
    • Layanan jawapan sama ada pujian dn galakan.
    • Mencabar (sterotype) sesuatu yang difikirkan betul atau tidak betul.
    • Mendorong/menggalak pemikiran semula.

CONTOH TEKNIK KEMAHIRAN PENYOALAN

Situasi : KEGUNAAN KOMPUTER

Guru menunjukkan kepada Komputer yang terdapat di atas meja.

CIKGU : Apakah benda yang terdapat di

atas meja cikgu?

MINAH : Komputer cikgu.

CIKGU : Di mana kamu pernah tengok

computer?

MINAH : Di rumah cikgu

MANAN : Di kedai cikgu.

CIKGU : Di mana lagi?

MANAN : Di pejabat Guru Besar, Cikgu.

CIKGU : Mengapa computer terdapat di

rumah, di kedai dan Di pejabat?

MINAH : Komputer boleh tulis cikgu.

CIKGU : Maksud kamu macam mesen tak

Komputer boleh taip.

MANAN : Ya cikgu, tapi kakak tengok

cerita perang dalam komputer cikgu.

CIKGU : Komputer macam televisyen?

MANAN : Ya, cikgu.

MINAH : Cikgu.. Hari tu… Adik lukis

dalam komputer!

CIKGU : Wah.. Pandainya adik kamu.

MINAH : Abang ajar cikgu.

CIKGU : Bagus, bagus, kamu tahu bahawa

komputer banyak kegunaannya.

Boleh tulis, boleh lukis, boleh

taip dan boleh tengok video.

Siapa suka jadi komputer?

MANAN : Saya suka jadi komputer.

Komputer boleh tolong manusia.

Boleh tengok fire ranggers, berita

dan macam-macam.

CIKGU : Begitulah murid-murid, komputer

amat penting kepada manusia.

Kita gunakan dengan baik, kita

akan berjaya.

Contoh Kemahiran Penyoalan

Tajuk : Kegunaan Botol

Guru menunjukkan botol yang dipegangnya.

Guru : Apakah benda yang cikgu

pegang?

Ani : Botol, cikgu.

Guru : Di mana lagi pernag Ani tengok

botol?

Ani : Di kedai minuman cikgu.

Guru : Di mana lagi Ani?

Ani : Di rumah, kantin dan banyak lagi

cikgu.

Guru : Agaknya kenapa botol berada di

mana-mana?

Ani : Emak guna isi air cikgu. Kadang-

kadang isi minyak di dapur.

Guru : Minyak apa tu, Ani?

Ani : Minyak masak.

Guru : Lagi apa kegunaan botol?

Ani : Cikgu Munah guna untuk simpan

pen dan pensel cikgu.

Guru : Saya pun guna botol sebagai

pasu bunga.

Ani : Pak Cik sebelah rumah guna

untuk baling monyet cikgu.

Guru : Jadi, botol banyak kegunaannya.

Kalau Ani jadi botol macam mana?

Ani : Bagus juga, boleh tolong abah,

cikgu, guru besar dan kawan-

kawan bawa ke sekolah.

Guru : begitulah murid-murid, botol

banyak kegunaannya kepada

manusia. Kita gunakan dengan

baik, kita dapat manfaatnya

kepada kita.

  1. ATTENDING (PELAYANAN)

§ Cara melayani dengan menggunakan bahasa yang tidak membimbangkan.

§ Belaian melalui bahasa supaya tidak berasa takut.

§ Rasa mesra “cuba, biar saya tolong betulkan”

§ Tidak menyergah/rasa terancam

§ Melibatkan lisan positif seperti Ya, Ha Ha, sebutan baik, bagus, ulang dan kembangkan jawapan kanak-kanak.

§ Gerak isyarat seperti senyuman anggukan, melihat ke depan ke belakang, tepuk tangan, tulis jawapan di papan hitam atau mengangkat ibu jari.

§ Sentuhan kepala, bahu atau hbahagian belakang.

§ Dapat meninggalkan kesan semangat ingin belajar, kanak-kanak mesra dan yakin kerana dihargai.

§ Tidak membuat penghakiman; salah atau betul.

Contoh Kemahiran Teknik Dampingan

Situasi : Aktiviti Mewarna

GURU : Boleh kamu mewarna Nasir?

NASIR : Boleh cikgu, tetapi tidak cantik.

GURU : Pandai kamu mewarna Nasir.

NASIR : Cikgu lagi pandai.

(Cikgu Tijah duduk berhampiran

Nasir).

NASIR : Cikgu, kalau kita warnakan hijau

boleh cikgu?

GURU : Kepala ayam warna hijau ke

Nasir?

NASIR : Tidak cikgu.

GURU : Pandai pun Nasir.

NASIR : Kalau gitu warna kuning boleh

cikgu?

GURU : Nasir rasa boleh tak?

NASIR : Tentulah, ayam emak warna

kuning.

GURU : Warna biru boleh tak?

NASIR : Mana boleh cikgu… kereta

bolehlah.

GURU Kenapa?

NASIR : Kereta bapa cikgu.

GURU : Bagus Nasir, sekarang kamu

sudah pandai gunakan warna

yang sesuai, macam nilah anak

murid cikgu.

NASIR : Ha..Ha.. Ha..

Cikgu Tijah mengusap-usap kepala Nasir dan beredar dari situ.

  1. PENSTRUKTURAN KOGNITIF

ü Guru membantu kanak-kanak untuk memahami sesuatu konsep dengan menggunakan potensi kognitif yang ada pada mereka.

ü Penstrukturan kognitif melibatkan struktur pemikiran, aksi dan kepercayaan individu.

ü Kadang-kadang ia disedari dan tidak disedari.

ü Melibatkan penerokaan idea atau pandangan.

ü Melibatkan pengalaman kanak-kanak.

ü Merangkumi alam fantasi kanak-kanak bagi menjelaskan sesuatu konsep yang sesuai dengan pengalaman mereka.

ü Dapat mendefinisikan sesuatu.

ü Melibatkan penerokaan persamaan yang terdapat pada sesuatu idea atau konsep.

ü Penyoalan yang terancang mengikut aras penyoalan dari pengetahuan kepada penilaian.

Contoh Penstrukturan Kognitif.

Situasi : Menjelaskan konsep wira kepada kanak-kanak.

Guru : Ok.. Siapa yang tahu orang yang

digelar wira negara kita baru-

baru ini?

Amat : Datuk Azhar Mansur cikgu?

Guru : Terima kasih kerana dapat

meneka dengan betul.

Mengapa dia mendapat gelaran

itu?

Alif : Sebab dia keliling dunia…

Guru : Keliling dunia seorang diri?

Alif : Ya,cikgu. Berani betul dia ya..

Guru : Adakah dia naik kapal terbang?

Amat : Tidak cikgu.

Cikgu : Jadi kenapa dia dpanggil wira?

Alif : Dia guna kapal layar cikgu.

Amat : Dia keliling dunia dengan kapal

layar cikgu seorang-orang.

Guru : Memang betul, kamu betul.

Datuk Azhar adalah orang

Melayu pertama keliling dunia

guna kapal layar.

Guru : Agaknya siapa yang beri gelaran

wira kepada beliau?

Alif : Ibu, bapa, orang lelaki dan orang

perempuan cikgu.

Guru : Betul tu Alif, semua orang,

termasuk Perdana….

Alif : Perdana Menteri, cikgu.

Guru : Maksud kamu semua orang?

Alif : Semua orang cikgu.

Guru : Termasuk kamu, Amat?

Amat : Ya, cikgu.

Lamin : Tidak, cikgu.

Guru : Siapakah yang kamu anggap

hero, Lamin?

Lamin : Supermen cikgu.

Guru : Kenapa?

Lamin : Supermen boleh terbang dan

tolong orang.

Lani : Cikgu, hero saya Doremon.

Guru : Kenapa?

Lani : Dia kuat dan baik hati.

Guru : Baiklah, murid-murid, saya fikir

setakat ini dulu. Mereka semua

hero kerana kuat, baik dan

menolong orang.

  1. PROMPTING/CUE (GALAK DAN SARAN)

v Lebih banyak memberikan pengesyoran sebagai alternatif

v Banyak memberikan pemujukan

v Banyak memberikan pandu arah supaya sesuatu aktiviti lebih jelas dan tersusun.

v Satu siri layanan guru untuk mencapai matlamat/objektif yang dikehendaki.

Situasi : Pengajaran waktu pagi Bahasa Melayu. Menceritakan pengalaman kanak-kanak.Dewi enggan untuk bercerita tentang pengalaman yang dialaminya semalam.

Cikgu : Mengapalah Dewi ini, senyap sahaja

hari ini?

Dewi : (Diam)

Cikgu : Eeh, selalu dewi suka bercakap,

bernyanyi dan bercerita.

Dewi : (Diam)

Cikgu : Dewi pernah naik kereta tak?

Dewi : (Angguk)

Cikgu : (Guru tunjuk model kereta)

Cantik tak kereta ini Dewi?

Dewi : Cantik, cikgu.

Cikgu : Suka tak naik kereta?

Dewi : Suka… (mula tersenyum)

Cikgu : Dengan siapa selalu Dewi naik

kereta?

Dewi : ibu dan bapa cikgu

Cikgu : lagi…

Dewi : Abang dan kakak

Cikgu : Semalam Dewi naik kereta?

Dewi : Ke bandar

Cikgu Beli buku dan baju

Lepas tu Dewi ke mana?

Dewi : Ke kedai makan, Dewi makan nasi

beriyani.

Cikgu : Oh.. begitu, pandai Dewi bercerita.

Dewi : Eh..eh.. eh..

Cikgu : Bila Dewi balik ke rumah?

Dewi : Lepas makan kami baliklah, seronok

cikgu.

Cikgu : Bagus Dewi, Lain kali cerita lagi ya.

Dewi : Boleh cikgu.

Cikgu : terima kasih. Dewi boleh duduk.

Dewi duduk di kerusinya. Mukanya ceria. Gembira

  1. SHARING AND CONSTRUCTION (BERSAMA MEMBINA)

Ø Berkongsi bersama guru dan murid dalam mencapai objektif sesuatu aktiviti.

Ø Berkongsi untuk selesaikan masalah

Ø Guru sebagai ahli kumpulan

Ø Guru memberikan klu

Ø Guru sebagai pemangkin

Ø Guru memperkukuhkan idea kanak-kanak.

Situasi : Aktiviti bermain Lego Dalam Kumpulan Kecil. Cikgu Lina Menghampiri

Kumpulan.

Cikgu : Agaknya dari mana kita nak mula

ni…?

Ana : Mana-mana pun boleh cikgu.

Cikgu : Ya… Ke..

Ana : Saya teka aja…

Cikgu : Cuba teka betul-betul.

Ana : Dari bawah boleh tak cikgu.

(Ana cuba memasang lego dari bawah)

Ana : Boleh cikgu.

Cikgu : Kuat tak..

(Ana menggoyang-goyang lego yang

telah dipasang).

Ana : Kuat cikgu.

Cikgu : memang kuat kalau pasang dari

bawah.

Ana : Dia tak jatuh cikgu.

Cikgu : Memanglah, sebab dari bawah.

Lepas tu kita pasang apa pula?

Ana : Kita pasang yang warna hijau.

Cikgu : mari kita pasang dan tengok.

Ana : tak boleh cikgu.

Cikgu : Oh.. tak muat.

Ana : Cikgu, pakai yang ini boleh tak.

(Guru mengambil lego berwarna biru

dan memberikan kepada Ana untuk

memasangnya).

Ana : Boleh cikgu, boleh.

Cikgu : Ha.. Barulah padan.

Ana : Memang muat cikgu.

Cikgu : Bangunan kita dah hampir siap.

Ana : Belum cikgu, bumbung tak da.

Cikgu : Yang mana satu bumbung.

Ana : Ini cikgu.

Cikgu : Cuba pasangkan, perlahan-lahan.

Nanti pecah.

Ana : Boleh cikgu.

Cikgu : Bagus, Hari ini kita boleh membina

menara kembar bersama-sama.

Ana : Cikgu, besok kita buat dinosur boleh

tak?

Cikgu : Insyaallah boleh kalau kita ada masa.

Ana rasa gembira. Dipeluk berkali-kali menara yang telah dibina bersama-sama cikgunya. Diberikannya kepada cikgu Tijah. Cikgu Tijah tersenyum ikhlas.

Cikgu : Terima kasih.

  1. RENUNGAN KEMBALI (REFLECTING)

· Satu kemahiran menggalakkan murid-murid merenung kembali, imbas kembali sesuatu pengalaman dengan pengetahuan yang diajar.

· Renungan kembali penting semasa kita ingin memulakan tajuk baru, memahami konsep dan pengukuhan.

· Gabungan di antara pengetahuan dan pengalaman murid-murid.

· Dapat memberi makna kepada pengalaman dan pengetahuan yang pernah dilalui oleh murid-murid.

Contoh Kemahiran Renungan Kembali.

Tajuk : Kebersihan gigi

Cikgu : Apakah yang anda buat sebelum

ke sekolah?

Ah Meng : Mandi, makan dan pakai baju

cikgu.

Ling Gam : Saya gosok gigi cikgu. Gigi saya

putih.

Cikgu : Selalu ke awak gosok gigi Ling

Gam?

Ling Gam : Setiap pagi cikgu.

Ah Meng : Lepas makan gula cikgu.

Cikgu : Bagus! Bagus! Kamu semua

gosok gigi setiap pagi dan lepas

makan.

Ah Meng : Gosok gigi bagus cikgu.

Cikgu : Kenapa awak kata gosok gigi

bagus?

Ling Gam : Emak marah kalau tak gosok

gigi.

Ah Meng : Bapa saya pukul, jika malas

gosok gigi.

Cikgu : Ibu bapa awak, sayangkan awak,

sebab itu mereka suruh awak

gosok gigi setiap hari. Betul tak

Ah Meng?

Ah Meng : Betul cikgu, kan gigi saya putih,

tidak kuning seperti Ang Tung.

Ang Tung : Mana ada gigi saya kuning?

Cikgu : Cukup! Cukup! Jangan

berkelahi, tak baik. Ling Gam

kenapa awak gosok gigi?

Ling Gam : Gigi saya berseri cikgu, tak da

kuman.

Ah Meng : Gigi saya tak berlubang dan tak

sakit cikgu.

Cikgu Jadi kamu gosok gigi untuk

mengelakkan daripada penyakit?

Ling Gam Ya cikgu.

Ah Meng : Ya Cikgu.

Cikgu Amir kemudian mengeluarkan replika gigi yang dipinjamnya dari pusat Kesihatan berhampiran. Replika gigi sebesar 30 saiz gigi sebenar ditunjukkan kepada muird-muridnya.

  1. VARIASI RANGSANGAN

v Satu kemahiran mempelbagaikan cara pengajaran pembelajaran dengan tujuan mewujudkan serta mengekalkan minat murid.

v Guru hendaklah mengubah rangsangan yang digunakan mengikut maklum balas yang diperolehi daripada murid-murid.

v Dapat mewujudkan peluang bagi murid-murid memenuhi naluri ingin tahu melalui penjelajahan dan penyiasatan.

v Pengajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan.

v Murid-murid berpeluang menggunakan pelbagai deria mereka dan dapat menajamkan kefahaman mereka terhadap sesuatu konsep

Komponen Variasi Rangsangan

· Pergerakan ; kiri, kanan, hadapan, belakang atau tepi.

· Pergerakan anggota; Penggunaan tangan, kepala, badan dan anggota badan lain apabila hendak menekankan isi-isi pelajaran yang penting.

· Perubahan pertuturan; Perubahan suara dari segi nada dan kekuatan kerana suara yang mendatar menjemukan murid-murid.

· Perubahan fokus deria; mendengar, melihat, memegang, meramas atau berbau.

· Bentuk penglibatan lisan; menyoal, menjawab, mencerita balik dan komunikasi di antara guru murid, murid guru dan murid dengan murid.

· Penglibatan fizikal murid; lakonan, main peranan, melukis rajah di papan hitam dan sebagainya.

  1. PENGUKUHAN

¨ Pengukuhan digunakan oleh guru untuk menggalakkan tingkahlaku diingini. Apabila seseorang murid memberikan satu jawapan yang betul, guru akan memujunya sebagai pengukuhan tingkahlaku tersebut.

¨ Pujian dan kemesraan yang ditunjukkan oleh guru dapat meningkatkan pencapaian murid-murid serta memupuk sikap yang positif.

¨ Tukar bentuk pengukuhan dari semasa ke semasa.

¨ Pengukuhan positif seperti memuji usaha murid-murid adalah lebih berkesan berbanding dnegan menyindir murid-murid.

¨ Pengukuhan hendaklah selaras dengan umur, jantina dan peringkat sosial kanak-kanak.

¨ Pengukuhan dapat menggalakkan murid-murid mencuba dengan lebih giat lagi.

¨ Pengukuhan dapat meningkatkan lagi pencapaian akademik kanak-kanak.

Komponen Kemahiran Pengukuhan

q Lisan-positif; Pengukuhan ini adalah dalam bentuk kata-kata positif seperti baik, bagus, ya, betul, satu cadangan yang lain dan sebaginya.

q Gerak isyarat positif; gerak isyarat positif yang boleh diamalkan guru termasuk senyuman, anggukan kepala, menepuk tangan dan sebaginya.

q Dampingan; Guru boleh menunjukkan minat terhadap pencapaian muridnya dengan mendekati, berdiri di sebelahnya atau duduk di sebelah murid sebagai satu cara pengukuhan.

q Sentuhan; Guru boleh menggunakan berbagai sentuhan yang diterima masyarakat, misalnya kepala, bahu atau belakang badan.

q Penggunaan jawapan murid: Guru cuba menggunakan jawapan murid sekiranya didapati sempurna.

q Lisan Negatif ; Keadaan seperti ini berlaku apabila guru menggunakan kata-kata bukan, salah, tidak atau menyindir.

q Tiada pengukuhan ; Guru tidak memberikan sebarang pengukuhan pada masa yang sesuai, walaupun terdapat perubahan tingkahlaku dikalangan murid-murid.

No comments: